This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.


Sidang Meteor

Monday, March 30, 2009

ku tertanya-tanya nape harusku give up??..tp...


sahabat2ku,teman2ku,saudara2ku bacalah Al-Quran..jadikanlah Al-Quran sbg guru kite..fahamilah kalam2 ALLAH SWT..kite selalu d landa musibah,ujian,dugaan dan liku2 yang kadang2nya membuat kite amat give up dan yang paling teruk adalah nak je BUNUH DIRI..janganlah kite tergolong dalam golongan yang sia2 kawan2...dalam Quran,kalu kite hayati betul2 semuanye ade jawapannya...


KENAPA AKU DIUJI???..

"Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


TAPI NAPE AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM2KAN???...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


BERATNYA UJIAN NIE???...

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)


KENAPA MESTI FRUST DAN KECEWA???...

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)


CAMNA AKU NAK HADAPI SEMUA NIE???....

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


TAPI AKU NAK BERHARAP PADA SIAPA??....

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NIE????..

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


ARRGGGGHHHHH,AKU DAH TAK TAHAN?????..........

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


KAPAN BILE HARUS AKU BEGINI????............

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


kawan2,sahabat2,saudara2...sudahlah,stand up..move on..go on...cukuplah kite berlindung bawah Ya Rabbi coz DIA takkan sia2kan kite...ujian yang datang adalah untuk uji keimanan kite..Al-Quran dah tunjuk dan terang segala2nya tentang jawapan yang bermain2 diruang legar minda kite..Islam agama yang sempurna,yang tidak menyempurnakan Islam adalah diri kita sendiri...sesungguhnya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..berserahlah pada-NYA dengan hati yang tulus dan ikhlas...


Sunday, March 29, 2009

Menghitung Dosa..

Pada suatu hari Taubah bin Sammah menghitung-hitung dirinya sendiri. Dia menyedari bahawa umurnya sudah mencapai 60 tahun, kemudian dia menghitung hari-hari yang telah ia lalui, jumlah semuanya adalah sebanyak dua puluh satu ribu lima ratus hari.
Menyedari yang demikian itu ia memekik dan berkata.. "Aduhai betapa celakanya aku, aku akan bertemu dengan Tuhanku dengan dua puluh satu ribu lima ratus dosa, dan bagaimana pula jadinya nasibku, jika sekiranya setiap hari aku melakukan sepuluh ribu dosa?"..
Selepas itu dia terjatuh pengsan dan nyata dia telah mati. Kemudian orang yang hadir melihatnya mendengar ada suara yang mengatakan :

...."Aduhai betapa bahagianya , ternyata keinsafannya itu adalah suatu loncatan ke syurga Firdaus, iaitu syurga yang paling tinggi"..

Subhanallah,kawan2...kita camna??..sudah berapa hari,minggu kita hidup??..banyak ke amalan kita??..cukupkah lagi amalan kita untuk berjumpa Pencipta kita??.. kawan2,hidup amat singkat dan berwaspadalah dengan mainan dunia...

Thursday, March 26, 2009

setelah aku memperolehi kekuatan


sakit....pedih....perit...sunyi...sepi....kosong...


6 perkataan yg dapat kuungkapkan.6 perkataan yang menggambarkan diriku pada saatku menulis.kepalakupening,berpusing-pusing macam kipas diatas siling.aku cuba mengambil novel untuk dibaca tapi mata je tertancap dibuku tapi hati n mindaku,ibarat ada perkara lain yang menanti. hatiku sangat sakit,pedih,perit,sunyi,sepi dan kosong. aku cuba mencari puncanyatapi tak jumpa. terbit pula 3 perkataan sayang, rindu dankasih. sayang pada kenangan aku dahulu, disaat bersama-samainsan yang tersayang. rindu pada sahabat-sahabat yang selamaini banyak memberi dorongan tanpa kusedari untuk meneruskan perjuangan hidup ini. rindu pada saatku kesibukan dengan pembelajaran dan paling aku rindu..rindu pada pesanan-pesanandan nasihat untuk diri ini yang sentiasa lemah dan amat lemah.


".....rabiatul,teruskanlah perjuanganmu. carilah Yang Satu. jangan kau pandang kebelakang lagi. teruskanlah langkahanmu,rabiatul..."


Subhanallah, hatiku amat lega tatkala mendengar bisikan suara kecil itu.tapi aku tetap terus dihimpit dek perasaan yang bercampur gaul ini.arghh!!!..hatiku sakit, jiwaku pedih, mindaku kosong, naluriku sepi...kenapa semua benda ini hadir tatkala aku keseorangan??...tatkala tiada sesiapa disisi...aku bingung..aku menyandar badanku di kerusi sambil memicit-micit kepalaku yang sedikit berdenyut..tanpa sedar,pipiku seakan basah..aku meraba-raba mataku..Subhanallah,aku menangis rupanya..airmataku mengalir dengan laju sekali dan aku menangis semahu2nya..aku adalah hamba Allah yangpaling hina sekali,menangis memohon keampunan dari Allah..aku mengadu pada-NYA..mutiaraku makinlebat menyinggah ke pipiku..YaAllah...........


"......rabiatul,Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Bersyukurlah kerana kau terpilihuntuk sedar lebih cepat sebelum kau pejam mata.teruskan langkahanmu,rabiatul.gunakanlah akal yang ada,pandang dengan mata hati,berfikir dulu sebelum melakukan apa2...."


"....tp aku takut bila tiba masanya nanti,masa yang menentukan diri bagi menetapkan janjitemu dengan YARABBI aku tersimpang dari jalan yang terbentang..."


"...jgn bimbang n takut. istiqomahkanlah dalam dirimu,berpegang teguhlah pada tali Allah.redhailah segala2nyaapa yg telah terjadi.bangkit,rabiatul..bangun,rabiatul..hulurkan tanganmu agar engkau tak keseorangan..DIA takkan sia2kan hambaNYA yg benar2 n ikhlas bertaubat. InsyaAllah,perjalananmu akan lebih bererti jika engkau terus berpegang dan bertawakal pada YANG MAHA ESA...."


aku menyeka airmataku. sekuntum senyuman kuukir. mataku cerah kembali. tak gelap lagi,makin cerah..YAALLAH,aku sujud padamu..


Aku bangkit kembali daripada kejatuhandan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi
Aku mahu terus berdiri dan berlari dalam memperjuangkan Islam


Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini
Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan


"..YaAllah,sekiranya aku banyak berdosa tak kira sengaja atau tak sengaja,Engkau ampunkanlah daku. dosaku yang amat tinggi ini. YaAllah,sekiranya aku terlena lagi, Engkau sedarkanlah akudari terus terlena. YaAllah,sekiranya aku terleka lagi,bantulah daku agar dapat cepat-cepat sedar yang aku hanyalah hamba-Mu yang hina lg dina..ampunkanlah dosaku,YaAllah,ibubapaku,keluargakusahabat2ku serta saudara2ku..kami hanyalah seorang insan yang bernama hamba yang dipinjamkan kedunia niuntuk menjadi khalifah agar mentadbir dunia ngan sempurna tapi kami semua terleka,sombong,ego,bodoh,tak bersyukur.YaAllah,berilah aku satu kekuatan agar aku dapat meneruskan kehidupan atas dunia ni yang penuh pancarobadan tipu daya ini.janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberiku taufik dan hidayah...syukran YaRabbi kerana cepat-cepat menyedarkanku..moga aku bahagia n aman ngan CINTAMU YARABBI..."

Wednesday, March 25, 2009

AKU..


hari ni aku merenung jauh ke dinding pejabat aku..macam2 yang ada diruang minda dan hati aku..sedih,gembira,sebak,sakit,pedih,perit,kecewa dan macam2 lagi..aku mengeluh..hidup amat singkat bagiku..DOSA...satu perkara,satu perkataan,satu kehidupan,satu perjalanan...SUBHANALLAH,masihkah ada jalan kembali untukku???..kini umurku sudah m'langkau 24 tahun tapi k'hidupan aku yang sudah penuh dengan liku-liku dosa dan k'hinaan..PENGLIHATANKU penuh dengan KEMAKSIATAN..PERCAKAPANKU penuh dengan DUSTA & NISTA..LANGKAHANKU penuh dengan KEBODOHAN...PEMIKIRANKU penuh dengan KEKOTORAN..PENDENGARANKU penuh dengan UMPATAN,KEJIAN & FITNAH...melata-lata ditubuh kecilku ini..YaAllah,aku takut pada seksaanMu..aku takut pada api nerakaMU,Ya Rabbi...mata aku pejam,gelap & gelita...DULU,sedikitpun aku tak bersyukur ngan kurniaan dua pasang mata ni,aku guna ke jalan yang dimurkai Allah..DULU,PERCAKAPANKU tak pernah digunakan untuk mengajar & menasihati saudara2ku yang berada jauh terdasar dari TUHAN..DULU,aku hanya ikut je setiap KAKIKU ntuk melangkah pergi kemana sahaja tanpa MEMIKIR kesan & akibat...DULU,umpatan & kejian yang sentiasa menjadi kawanku..namun,aku tak pernah bersyukur dengan semua nikmat yang ALLAH TAALA anugerahkan padaku...DULU,tika aku keseorangan,ALLAH telah mengurniakan aku seorang hambaNYA yang berlainan jantina untuk aku MENGASIHI,MENYAYANGI,MENCINTAI HANYA KERANA-NYA...TAPI,aku sedikit pun tak bersyukur ngan kurniaanNYA..apa yang aku buat adalah hanya melihat sebelah mata..betapa aku lemahnya aku DULU..betapa aku bodohnya DULU..betapa aku tak bersukurnya DULU..hahaha,akulah manusia yang sedikit pun tak bersyukur ngan kurniaanNYA...akulah manusia yang rugi...amat-amat rugi...mataku buka,melihat kembali tapi siling pejabatku menjadi mangsa..APA SEBENARNYA AKU NAK??..APA SEBENARNYA AKU CARI??..APA SEBENARNYA AKU LALUI INI??..Nauzubillah..aku dah jauh dari landasan yang sebenarnya..aku dah jauh terpesong...aku dah jauh lari dari jalan yang betul..aku dah gelincir dari gunung yang menjuram..aku nak balik...aku taknak mati lagi..aku nak pulang..aku nak cuci segala2 kekotoran yang melekit di badan aku ni..aku nk cuci..aku nak bersih..

itu DULU.....................KINI,aku sudah temui apa yang aku hilang dulu...ALLAH masih lagi menyayangiku walau diriku DULU penuh KEKOTORAN & KEHINAAN..aku bangkit dari KELEMAHANKU DULU..aku bangun dari KELENAANKU DULU..aku sedar dari KEBODOHAN AKU DULU..aku terus melangkah dan terus melangkah mencari satu matlamat...DULU adalah sejarah buat perjalananku..DULU adalah pengajaran untukku dalam hidupku..DULU adalah pengalaman ntukku selagi aku bernafas...HARI NI,satu azam sudah aku tekad...HARI NI,satu azam aku nekad...HARI NI,aku ingin meneruskan perjalanan hidup walau penuh ngan dugaan n cubaan...ujian menguji keimananku...ESOK,belum tentu aku BERNAFAS...ESOK,belum tentu aku dapat kecapi...ESOK,belum tentu aku membuat yang terbaik tapi ESOK adalah untuk aku buat yang terbaik dari yang terbaik...moga aku bahagia dengan CINTA RABBI....

Monday, March 23, 2009

PERJALANANKU

Perjalanan ini,langkahku bersemi
Perjalanan ini,langkahku kembali
Perjalanan ini,langkahku gagahi
Perjalanan ini,langkahku kesanggupan mati
Selagi tidakku temui
Selagi tidakku kembali erti hidup tiada erti
Selagi tidakku temui...
Diriku ini,serahkan pada-MU
Diriku ini,menyerah pada-MU
Diriku ini,berserah pada-MU
Diriku ini,mengharap pada-MU
Niatku untuk beragama
Maksudku keimananku
Fikirku Siratulrahim
Matlamatku akhirat kekal abadi

jangan buta hati..

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."

Liverpool belasah Villa..

Yippiee...Alhamdulillah..my feberet club,Liverpool hentam Villa..5-0,guys..thanks pd Steven coz b'jya m'buat hatrik...pergh,sbut Liverpool nie,mnat giler r tp xde r giler mne pun..

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata. Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau. Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.
Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti. Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah. Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga. - Agensi

Sunday, March 22, 2009

Tasbih Fatimah

kawan2,kat sini ana nk kongsi satu benda..arap dapat memberi sdikit s'bnyakl manfaat untuk hidup korang sekalian agar sentiase diberkati..ameen..
dalam hdup seharian kite,ana mintak2lah kat kawan2 selalulah m'basahi lidah ngan alunan Zikrullah..jom pakat Tasbih Fatimah..
ni die Tasbih Fatimah..
..SUBHANALLAH (33X)..
..ALLAHUAKBAR (33X)..
..ALHAMDULILLAH (33X)..
kalu korang sentiase baca nie,cnfirm hdup korang b'ubah..InsyaAllah..truskan,don't give up..
whai sedare2ku,sentiasalah kite b'amal n niat krana ALLAH nescaye hdup kite tenang n d bwah berkatNYA..
aku nak..xkan korang xnkkan..!!!!
kite sbnarnya nk go the heaven very easy je..
ada akal,ada otak..think it!!

NILAM

Siang dipanas si matahari
Malam dihiasi mentari
Siang bagi yang mencari
Malam bagi yang mencintai
Antara siang dan malam
Antara gelap dan yang terang
Antara alam yang menjuram
Umpama NILAM bukan sebarang
Aku diantara dua alam
Lautan samudera aku selam
Daratan panas matahari mencengkam
Mencari puas marinya malam
Oh..TUHAN..aku mencari-MU
Oh..TUHAN..aku menyeru-MU
Berjalan dengan penuh restu
Kesampaian masa ingin bertamu
Siang aku berkalang
Malam hari aku berpujaan
Bukan sebarang milik NILAM
NILAM diantara dua alam

Thursday, March 19, 2009

I AM WHO I AM

There’s parts of my past that
I’d left behindSeems as far as
I run away somehow they find me
Been shedding my skin but there’s so many layers
I am who I am and you know what I’m saying
Nobody’s safe, it’s a race that I’ve run
A fight that I’ve fought and I thought I had won
Now I’m standing here with a part of me there
But I am who I am

I am who I am

Ya Rabbi...

''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih.

Wednesday, March 18, 2009

Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan
Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan
Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup did dalam dunia
Bak sandiwara3
Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan
Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Tuesday, March 17, 2009

suratku untukmu

maafkan aku F,
ari tu kita berjalan bersama berdua di tepi pantai..kau katakan padaku ada urusan yang ingin diperkatakan..selepas fikir akhirnya aku setuju keluar..rupanya kau ingin keluar & inginkan teman berbicara..setelah penat buat kerja rumah agaknya..

F,
sepanjang pergaulan kita..kita hanya berbicara apabila ada urusan tertentu..tapi hari tu..kau inginkan berbicara tentang bunga,cuaca,sungai dan rerama..mulut kau petah bercakap pada hari itu..kau ingin aku jawab persoalan..dah makan ke??..makan apa tadi??..minum ape??

F,
kau pernah tanya padaku..knpa bila b'bcara aku xprnah m'mndang anak matamu..itulah 'body language' yg tpat bila b'bcara..ya aku tak nafikan..kau kata..hanya sesekali kupandang wajahmu..kadang2 s'olah2 kau b'ckap dgn pokok & tunggul..aku pula,kalu xtunduk hnya m'renung awan & ombak pantai..maafkan aku..

F,
kau melihat pasngan2 d taman bunga b'pgangan tngan..kau komen,betapa romantisnya mereka..knapa tidak kita..kau tanya pdku..knpa kita xsprti mrpati 2 sejoli..knpa kita xsprti rerama b'trbangan..
F,
ya..aku akui..sprti dlm surah AnNabaa'..Tuhan ciptakan kita mnusia b'psangan..hanya DIa yang Tunggal..

tapi F,
fahamilah..kau bkan mlikku..krna kau bkan suamiku..sebab AKU TIADA HAK ntuk m'rnung ank matamu..sebab AKU TIADA HAK memegang tanganmu..sebab AKU TIADA HAK mengucapkan rindu & cinta padamu..sebab AKU TIADA HAK ntuk b'tnya soaln2 mesra..b'kngsi prasaan suka & duka bersamamu..mungkin sbg teman Ya tapi ada batasnya..semuanya HAK tadi hnya dpt kubrikan ntuk seseorg....yg bernama SUAMIKU....

F,
Muhammad SAW katakan yg aku akan jd t'baik skiranya..aku b'laku lmbut & b'ksih syg kpd ahliku (suami & anak2)..tiada pula t'jmpa psanan dr Muhammad ntuk aku b'ksih syg pd thap itu..selagi kau masih temanku..
MAAFKAN AKU..mungkin nanti andai Tuhan pertemukan jodoh kita..kau ingtkanlah pdku..aku msti m'bntumu & m'luangkan masa b'smamu..tatkala itu..doakan aku m'ggnggam erat tnganmu..doakan aku dpt m'renung anak matamu..kitakan renung bersama sgla k'indahan ciptaan ILAHI..

F,
andai aku terlupa..ingtakanlah aku bhwa hdup & matiku hnyalah utk ALLAH..Ingatkanlah aku..keksihku yg prtma m'lbhi ibuku & dirimu adalahMuhammad SAW..ingatkanlah aku..SEMUANYA HANYA AKAN BERLAKU DGN IZIN ALLAHTuhan yg m'rncang & m'cptakan alam..tiada satu daunpun ggur m'lainkan dgn p'gntahuanNya..tiada b'tmu 2 zarah m'lainkan semua dlm kitabNya..SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA BERKUASA..INSYAALLAH..

temanmu,R

Move On..

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan 'menahan' Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu. Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilakukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda. Seterusnya, cari siapa yang boleh support anda!!
Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

"ALLAH tidak memberati seseorang dengan apa yang terdaya olehnya"

Perjalanan

Sudah Sekian Lama Ku Telah Merantau Dalam Dunia Yang Fana Ini
Dimandikan Dengan Ketawa,Sedih,Senang dan Susah
Dan Ku sedari Diri Semakin Jauh Dengan Yang Ku Cintai
Lalu Ku Berhenti Langkahku
Ku Renung Jauh Di Hujung Langit
Tersentuh Hati Ini Laluku Ucapkan
SUBHANALLAH..LAAHAULAWALAAQUATAILABILLAHI..

Monday, March 16, 2009

upgrade ur life

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan,Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah,Scandisk amalan dengan uswatun hasanah,Clean up partition dosa-dosa lama dengan taqarrub padaNya..
Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNya,Refreshla kecintaan hakiki padaNya dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.Restart lah kehidupan sementara yang seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda clear history lama dalam recycle bin dunia.. ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui.. gantikan dengan sinar baru dengan restart dan letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user.. SEGERALAH..sebelum hayat hidup kitadi SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN.....c",? Salam Maghrifah.. wa Taqarrub..… ^-^
myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!