Dalam kesulitan itu,Pak Yusoff tetap berusaha. Dia perlu melakukan sesuatu agar empat perut diisi. Peluh tuanya kembali menitik. Sinar matahari mula menyengat dikepalanya. Dia mendongak seketika lalu menyambung kerjanya. Pasir-pasir itu digauli dengan simen. Kudrat tuanya dikerah.
“Pak Usoff,nanti bawak simen yang dah siap itu ke atas ya. Fadhli nak ikat bata pula.” Arah Ahmad dari belakang Pak Yusoff.
“Baik!” balasnya. Dia meneruskan kerjanya sambil sekejap-kejap mengelap peluhnya.
“Usoff,kayu dekat sana nanti kau tolong buang ya.” Giliran Mahmud pula mengarah. Pak Yusoff mengangguk.
Dia perlu buat segala-galanya. Dia tidak mahu melihat anak bininya kelaparan. Biarlah dia kelaparan jangan mereka. Pelbagai kerja dilakukannya. Mencari sedikit rezeki untuk keluarganya. Dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak hiraukan cakap-cakap orang. Hutang-hutang di kedai Pak Umar sudah tak terkira. Malu juga dia dibuatnya namun apa mampu dia buat. kalau tak berhutang apa anak bini dia nak makan. Ubat-ubatan isterinya kena sentiasa ada.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Ayah,Along taknak sekolah. Along nak bantu ayah.” Pak Yusoff memandang wajah anak sulungnya,Hadzre. Dia sedikit tergamam. Jala yang sedang dijahitnya diletak ketepi.
“Kamu cakap apa ni,Along? Ayah mampu lagi untuk tanggung anak-anak ayah. Kamu kena bersekolah.” Balas Pak Yusoff sayu.
“Ayah,biarlah adik-adik yang bersekolah. Along tak apalah tak bersekolah pun. Lagipun Along tak berminat dah belajar. Bila Along dah berkerja,sekurang-kurangnya kurang sikit bebanan ayah.” Terang Hadzre dengan berani. Dia tahu kudratnya ayahnya sudah tak mampu. Dia perlu berbuat begitu supaya mengurangkan bebanan ayahnya. Walaupun dia berhenti,Haniff dan Hakimah ada lagi untuk menjadi insan yang cemerlang dan mengubah kehidupan keluarganya. Yang bongsu,Husnin baru menginjak darjah 3.
“Angah pun samalah,ayah. Nak ikut Along berkerja.” Laungan Haniff menggamit dua beranak itu. Haniff menghampiri mereka. Pak Yusoff seakan-akan mati akal dengan permintaan dua anaknya.
“Apa yang kamu berdua merepek ni!!! Sape yang ajar kamu ni??!!” tinggi suara Pak Yusoff. Dia merenung kedua-dua anaknya. Tajam.
“Walaupun kita susah,ayah taknak anak-anak ayah tercicir pelajaran. Ayah mahu kamu belajar bersungguh-sungguh. Ubah kehidupan keluarga kita. Selagi ayah ada kudrat,selagi ayah terdaya,mampu,jangan harap kamu berdua dapat berhenti sekolah. Faham!!!” sambung Pak Yusoff. Dia bangun dari pangkir lalu masuk kedalam rumah. Hadzre dan Haniff memandang sesama mereka.
“Along,camna ni? Angah tak sangguplah tengok ayah bekerja lagi. Ubat-ubat mak perlu sentiasa ada. Takkan ayah nak kerahkan kudrat tuanya tu. Baru ni cikgu kelas Angah minta yuran PMR.” Sayu Haniff memberitahu. Hadzre menepuk bahu adiknya.
“Angah jangan risaulah. InsyaAllah,minggu depan Angah bayar yuran tu,k.” dengan yakin Hadzre memberitahu.
“Nak ambil dari mana duit? Ayah bukannya ada.” Balas Haniff. Hadzre tersenyum.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sudah seminggu Hadzre bekerja dikedai Mak Munah di pekan. Balik dari sekolah terus dia ke tempat kerjanya. Sehari RM30 sudah memandai baginya untuk menampung perbelanjaan. Tanpa pengetahuan Pak Yusoff dia pandai menyorok kerjanya. Masuk pkul 2 petang,lepas balik sekolah dan tamat pukul 6 petang,terpaksa dia menipu yang dia ada kelas tambahan untuk budak tingkatan 5.
“Ateh,mak dah makan belum?” Tanya Pak Yusoff yang muncul dari pintu hadapan. Hakimah yang leka membuat kerja sekolahnya mendongak.
“Dah ayah. Ateh dah suap dah tadi.”
“Adik mana?”
“Dia ada kat mak.” Balas Hakimah. Pak Yusoff menapak ke biliknya. Dia tersenyum.
“Laa,tidur rupanya adik ni. Ingatkan temankan mak.” Mak Mah tersenyum. dia mengosok kepala Husnin. Pak Yusoff duduk berhampirannya.
“Mah nak mandi?” tanya Pak Yusoff setelah sepi seketika.
“Petang sikitlah. Lagipun tadi Ateh dah lapkan badan Mah. Abang,maafkan Mah.” Suara Mak Mah bertukar sayu. Ada manic-manik putih dibirai matanya. Pak Yusoff sedikit terkesima.
“Apa yang Mah mengarut ni?? Mah tak salah apa-apa pun.”
“Mah tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna,bang. Apa yang mampu Mah lakukan hanyalah diatas pembaringan ini.” Mak Mah menyeka airmatanya yang kian keluar.
“YaAllah… Mah,abang redha dengan ujian ni. Abang taknak apa-apa. Cukuplah Mah dan anak-anak ada disisi abang. Abang amat bersyukur sebab dapat isteri macam Mah. Dulu abang susah,Mah banyak bantu. Sekarang giliran abang pula menjaga Mah. Sampai mati abang dan anak-anak tetap bersama dengan Mah. Janganlah fikir yang bukan-bukan.” Pak Yusoff mengingatkannya. Mak Mah tersenyum tawar.
“Mah rasa Mah tak berguna dah. Mandi,makan dan pakai Mah abang dan anak-anak yang uruskan. sepatutnya itu semua kerja Mah.”
“Mah,dahlah. Mulai sekarang abang taknak Mah bercakap camtu lagi. Apa yang terjadi ini adalah ujian untuk kita dari Allah. Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Percayalah.”lembut Pak Yusoff berbicara.
Asmah kelu. Dia tahu ada sedikit kekesalan diwajah Yusoff. Kalau tak kerana kemalangan itu dia takkan terlantar sebegini rupa. Makin rumit kehidupannya tatkala dia disahkan mengidap barah tulang. Dia kasihankan suaminya lebih-lebih lagi terhadap anak-anaknya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Angah dah bayar dah yuran tu?” Hadzre menyoal Haniff tatkala mereka berdua mangambil angin petang dipantai. Haniff memandangnya.
“Dah,Long.” Hadzre tersenyum.
“Along ambil dari mana duit tu?” soal Haniff. Sudah lama dia ingin menanya tentang duit yang diberikan Hadzre tempoh hari namun dia belum ada kesempatan.
“Along curi ke?” tanyanya lagi. Hadzre memandangnya tajam. Dahinya dikerut.
“Apa yang kamu merepek ni,Angah??!! Walau susah mana pun kita,Along takkan sesekali mencuri,k.” tungkas Hadzre. Membidas kata-kata adiknya. Haniff memuncungkan bibrinya. Tangannya ligat melukis dilantai pasir pantai itu.
“Angah gurau je lah. Along,bagitaulah,mana dapat duit tu?” Haniff seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan Hadzre.
“Kalau Along bagitahu,boleh janji dengan Along jangan sekali-kali bagitahu kat ayah??? Janji?? kalau Angah bagitahu juga,siap Along kerjakan Angah.” Kata-kata amaran Hadzre membuatkan Haniff mengangguk. Jari kelingking mereka bersatu.
“Sebenarnya Along kerja part time kat kedai Mak Munah dipekan tu. Habis waktu belajar terus Along pergi sana. Kalau Along ada kelas tambahan,Along akan pergi waktu malam.” Terang Hadzre. Haniff yang mendengar,sedikit terlopong.
“Jadi yang ada kelas tambahan tu sengaja Along tipu ya?” tanya Haniff. Hadzre mengangguk.
“Angah jangan bagitau mak dan ayah,k. Along taknak mereka risau. Cukuplah keperitan yang ayah lalui sekarang. Walaupun upahnya tak seberapa,sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit pembelanjaan kita.”
“Kalau camtu Angah nak kerja jugalah.” Pinta Haniff. Dia memandang wajah abangnya.
“Jangan!! Biarlah Along je yang berkorban. Along taknak adik-adik Along camtu. Angah jangan nak mengarut!! Tumpukan pada PMR Angah .” putusnya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Seusai makan malam,Yusoff memanggil Hadzre dan Haniff. Hakimah dan Husnin mengemas meja makan yang sedikit kotor itu.
“Along,petang besok ayah nak naik ke laut. Mungkin seminggu ayah kat sana.” Yusoff memulakan bicaranya.
“Lamanya. Along nak ikut.” Hadzre bersuara.
“Jangan. Ayah nak Along dan Angah jaga adik-adik dan mak. Lagipun ayah tak lama,hanya seminggu sahaja.” Larang Yusoff. Dia berharap kali ini hasilnya lumayan. Pengharapan untuk rezeki anak isterinya.
“Along,kalau terjadi apa-apa kat ayah,Along dan Angah jagalah elok-elok adik dan mak. Mereka semua takde siapa-siapa melainkan Along dan Angah. Ayah mohon jangan sesekali kamu berhenti sekolah hatta ayah dah tiada sekalipun. Faham,Along?” dengan tenang Yusoff bersuara memandang sayu ke wajah anak sulongnya. Dia takut andai dia dipanggil Peciptanya,dia tak sempat nak menjayakan anak-anaknya. Yusoff menahan airmatanya dari menitis. Tidak mahu anak-anaknya melihat airmata itu. Tidak mahu anak-anaknya melihat kelemahannya.
“Apa ayah cakapkan ni?? Ayah janganlah bimbang,Along akan jaga keluarga kita.” Janji Hadzre. Dia lantas memeluk tubuh tua ayahnya. Seakan berat untuk melepaskan pemergian ayahnya kali ini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Berat kali ini untuk Yusoff meningalkan keluarga. Tapi dia perlu pergi. Perlu mencari sedikit rezeki untuk keluarganya. Hanya Hadzre harapannya sekarang. Mengharap Hazre dapat mengalas tanggungjawab sebagai anak sulung. Bukan dia sengaja untuk melepaskan tanggungjawab itu. Bukan dia sengaja untuk pergi meninggalkan keluarganya. Dia tidak jahat. Dia ayah yang bertanggungjawab.
Hakimah dan Husnin mengesat pipi. Husnin teresak-esak menangis. Memohon agar pemergian ayahnya dibatalkan. Dia memegang erat peha Yusoff. Menghalang Yusoff melangkah. Yusoff duduk bercangkung. Kepala anak bongsunya diusap-usap.
“Adik tinggal dengan Along ya. Ayah nak pergi sekejap je. Nanti ayah pulang bawa ikan banyak-banyak. Nanti kita boleh jual dan beli baju baru ya.” Pujuk Yusoff. Airmatanya menitis akhirnya. Entah kenapa pemergiannya ke laut kali ini memilukan hatinya.
“Ayah jangan pergi. Jangan tinggalkan Adik. Nanti siapa nak bercerita dekat Adik?” mohon Husnin. Tangisannya semakin kuat. Hakimah menghampirinya.
“Dik,ayah pergi sekejap je. Nanti ayah bawa balik ikan yang banyak. Kita boleh pergi beli belah kat pekan ya.” Giliran Hakimah memujuk. Husnin memandang sekilas Hakimah lalu mendongak ke wajah ayahnya.
“Betul ke ayah?” tanyanya. Yusoff mengangguk. Pilu rasa hatinya melihat Husnin.
“Along.. Angah.. Ingat pesan ayah ni ya.” Yusoff memandang Hadzre dan Haniff. Mereka berdua mengangguk.
“Mah,abang pergi dulu ya. Izinkan pemergian abang ini. InsyaAllah,seminggu abang balik semula. Doakan pemergian dan kepulangan abang ya.” Asmah yang terbaring lesu itu dipandangnya sayu. Dia menghampiri isterinya lalu dahinya dikucup. Kejap.
Bot itu meluncur laju. Hadzre dan adik-adiknya melambai-lambai pemergian ayah mereka. Bersama-sama ombak Yusoff menyusuri laut itu. Ayah berjanji,ayah akan bawa banyak rezeki. InsyaAllah. Bisik Yusoff.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sudah dua minggu berlalu, namun Yusoff masih belum pulang. Asmah semakin risau. Hadzre setiap hari akan mengunjungi tempat perhentian bot-bot nelayan. Setiap hari soalan sama akan ditanya pada nelayan-nelayan disitu.
“Pak Akob,ada khabar dari ayah?”
“Belum lagi,Hadzre. Pak Akob pun tengah tunggu juga ni berita dari mereka. Ghazali bagitau cukup seminggu mereka akan pulang.” Terang Pak Akob. Dia juga seperti Hadzre. Risau. Anaknya pun ada bersama Yusoff.
“Ayah pun cakap camtu juga tapi ni dah dua minggu dah. Diorang masih tak pulang.” Balas Hadzre. Ada kebimbangan diwajahnya.
“Akob…!!! Akob!!!...” jerit satu suara dari arah bot. Pak Akob dan Hadzre serentak menoleh. Tubuh itu berlari-lari menghampiri mereka berdua. Nafasnya tercunggap-cunggap.
“Hah,kau ni kenapa,Dollah?” tanya Pak Akob setelah Dollah menghampirinya.
“Ghazali,Akob…!!” jawab Dollah sambil tangannya memegang dada.
“Ghazali dan Mamat ada dalam bot tapi…” Dollah tak meneruskan katanya. Pak Akob dan Hadzre terus berlari menuju ke bot.
“YaAllah!!! Ali!!” jerit Pak Akob tatkala melihat jasad anaknya yang sudah membiru itu. Nelayan-nelayan disitu sudah mengangkat kedua-dua jenazah keatas pelantar.
“Kami jumpa mayat ini semasa kami disana.” Terang Dollah.
“Pak Dollah,ayah saya camna?” sekian lama dia berdiam,Hadzre bersuara. Dollah menoleh. Dia tunduk.
“Yusoff dan tiga lagi mana?” giliran Pak Akob memuntahkan soalan sama.
“Puas kami mencari,Akob. Namun keempat-empat mereka takde. Bot mereka pun kami gagal kesan.” Perlahan Dollah memberitahu. Hadzre terduduk. Dia menekup wajahnya. YaAllah.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Cengkerik bersahutan sesama mereka. Dingin malam tidak dapat menahan kehibaan keluarga Hadzre. Asmah banyak membisu dari berkata-kata. Hanya airmata menjadi penemannya. Hakimah dan Husnin memeluknya.
“Along,kita buat solat ghaiblah untuk ayah. Kita redhalah pemergiaannya.” Haniff bersuara setelah melihat Hadzre berteleku diatas sejadah sejak dari Maghrib tadi. Hadzre hanya mengangguk.
“Mak,janganlah camni. Kalau mak sedih, kami lagi sedih. Kita perlu teruskan hidup,mak.” Pujuk Hakimah. Dia memegang erat tangan Asmah.
“Pada siapa lagi kita nak bergantung harap,Ateh?? Mak tak percaya yang ayah dah takde. Selagi mayatnya belum ditemui mak takkan percaya. Mak percaya suatu hari nanti ayah kamu akan balik.” Begitu yakin Asmah berbicara. Dia mengusap lembut kepala Husnin yg sudah lama terlena itu.
“Mak,kita makan sedikit ya. Mak dari tadi tak makan. Lepas tu makan ubat pula.” Hadzre tiba-tiba muncul dimuka pintu biliknya.
“Mak taknak makan. Mak nak tunggu ayah kamu balik.” Tolak Asmah. Hadzre menghampirinya.
“Mak,kalau ayah tahu mesti dia kecewa. Mak,sudahlah. Kita kena redha.” Balas Hadzre. Sudah puas dia memujuk ibunya. Seminggu sudah berlalu peristiwa itu. Berlalunya peristiwa bagaikan hidup Asmah hanya disitu sahaja.
“Mak,Along berjanji yang Along akan jaga keluarga kita. Tolonglah,mak,makan sedikit. Sekarang ayah dah takde,kami taknak kehilangan mak pula.” Rayu Hadzre. Nasi dipinggan itu berkira-kira untuk disuapkan kedalam mulut Asmah.
“Long,adik-adik kamu mana?” lemah Asmah bertanya.
“Mereka belum pulang lagi.”
“Long,kalau mak dah takde Along jangan pisahkan adik-adik ya. Biar susah senang kamu bersama. Adik tak tahu apa-apa. Berikanlah dia kasih sayang seperti mak dan ayah bagi.”
“Mak,jangan fikir yang bukan-bukan. Sekarang ni Along nak mak makan. Penyakit mak makin melarat ni. Mak tak sayangkan kami ke?” sayu Asmah memandang Hadzre. Dia mengusap lembut kepala anak sulungnya. Hadzre anak yang boleh diharap. Asmah kesal kerana dia tak dapat jalankan dengan sempurna tanggungjawab sebagai ibu. Dia rindukan suaminya,Yusoff.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Air mawar disiramnya perlahan-lahan. Haniff menutup kemas Ya’asin seusai dia membaca. Hakimah memimpin Husnin. Tikar dikebas-kebas lalu dilipatnya menjadi kecil.
“Along!” Haniff menepuk bahu Hadzre.
“Jom.” Sambungnya. Hadzre mengangguk.
Kini Hadzrelah ibu dan ayah bagi adik-adiknya. Seminggu sebelum peperiksaan akhir SPMnya,Asmah dipanggil-Nya. Hadzre terpaksa melupakan peperiksaannya. Demi adik-adiknya,dia perlu mencari duit.
“Angah,terima je lah tawaran tu. Bukan senang tahu dapat peluang ke asrama penuh ni.” Ujar Hadzre setelah Haniff memberitahunya untuk menolak tawaran ke MRSM itu.
“Tapi kita mana ada duit,Long. Tu hutang kat kedai tu,tak berbayar lagi. Ateh dan Husnin pun nak pakai duit. Mana Along nak cari?” bidas Haniff dengan lembut.
“Along akan selesaikan. Angah Cuma teruskan belajar,k.” balas Hadzre. Tuala kecil diatas lehernya diambil lalu mengesat peluhnya.
“Assalamualaikum.” Sapa lembut dari arah depan rumah mereka.
“Wa’alaikumussalam. Kami kat belakang ni.” Jerit Haniff.
“Oh,kamu Wani. Ada apa?” tanya Hadzre setelah Wani menghampiri mereka berdua.
“Ni,mak ada kasi bubur sikit. Hakimah dan Husnin mana?” bekas itu dihulurnya ke Haniff.
“Mereka pergi kedai tadi. Sekejap lagi mereka baliklah tu.” Balas Haniff.
“Wah,sedapnya. Lama kami tak makan bubur. Kan Along kan.” Sambung Haniff. Hidungnya kembang kempis menghidu bau bubur itu. Hadzre senyum. Rezeki untuk mereka. Syukur.
“Terima kasih banyak-banyak pada Makcik Kalsom.”
“Okeylah,Wani balik dulu ya.” Pohon Wani. Hadzre dan Haniff mengangguk.
“Hati-hati bawa basikal tu.”
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sepuluh tahun sudah berlalu. Pejam celik pejam celik,begitu cepat masa berlalu. Hadzre tersenyum bangga. Gembira diatas kejayaan adik-adiknya. Pengorbanannya tidak sia-sia. Haniff Yusoffberjaya dalam cita-citanya untuk menjadi arkitek. Kini dibandar besar,dia menjadi sebutan kerana rekaannya amat luarbiasa. Doktor Hakimah Yusoff,Pakar Sakit Puan di Hospital Kuala Lumpur manakala Husnin pula masih belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Syariah.
“Alhamdulillah,syukur nikmat pada-Mu YaAllah. Dengan limpah kurnia-Mu YaRabbi,dengan rahmat-Mu yang tak terperi. Segala puji hanya layak bagi-Mu,Tuhan semesta alam. Cucurilah selawat keatas nabi junjuganku,Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda serta kaum muslimin muslimat,mukminin dan mukminat. YaAllah,ampunilah segala dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil. Tempatkanlah mereka dikalangan para solehin. Lindungi kami sekeluarga dari bala bencana dunia dan akhirat. Ampunilah segala dosa-dosaku YaAllah. Pada-Mu aku berserah diri. Pada-Mu jualah aku bertawakkal.” Titisan putih membasahi pipi Hadzre setelah dia mengaminkan doanya. Dia tunduk diatas sejadah. Lama.
“Ateh,pergi panggil Along turun makan.” Arah Haniff sambil tangannya ligat menuang lauk-lauk kedalam mangkuk. Husnin yang cuti semester tiga bulan amat seronok bila dapat bersama abang-abang dan kakaknya. Dia menyusun pinggang diatas meja. Tiap-tiap hujung minggu Haniff dan Hakimah akan pulang ke kampung,wajib bagi mereka untuk melawat abangnya lebih-lebih pusara Asmah.
“Along..” panggil Hakimah. Dia mengetuk-getuk pintu bilik Hadzre. Tiada sahutan. Tombol pintu dibukanya.
“Ohh,belum siap solat.”bisiknya lalu pintu ditutup. Dia menapak ke dapur.
“Along belum siap solat lagi.”
“Kalau camtu kita tunggu Along dulu,k.” balas Haniff.
“Apasal lama sangat Along solat ni?” rungut Husnin. Dia memandang jam tangannya. Dia bingkas bangun lalu menuju ke bilik Hadzre. Pintu bilik Hadzre dibukanya.
“Along..!” panggil Husnin. Dia perlahan-lahan melangkah menuju kearah Hadzre yang masih bersujud itu. Husnin berdebar-debar.
“Angah!!!!...Ateh!!!!!!!!!!” jeritan Husnin dari atas membuatkan Haniff dan Hakimah berlari.
“Kenapa ni,dik?” tanya Haniff selepas melihat Husnin memangku Hadzre. Matanya Hadzre terkatup rapat. Haniff dan Hakimah menghampirinya.
“Along….!” Jerit Husnin yang sudah menangis. Hakimah memeriksa lengan Hadzre. Dia tergamam.
“Kenapa,Ateh??” Haniff kebingungan bila Hakimah pula menangis.
“Along dah takde,Ngah.” Terang Hakimah. Haniff terduduk. Esakan Hakimah dan Husnin membuatkan dia tak dapat menahan manik-manik jernih keluar.
Curahan hujan diluar menggamit sejuta kepiluan dihati mereka. Susah senang mereka bersama. Bagi Haniff, Hadzre adalah seorang abang yang amat bertanggungjawab. Kejayaan dia dan adik-adiknya adalah hasil dari pengorbanan Hadzre. Senyuman dan gelak tawa Hadzre bermain-main dimindanya.
“Angah,atas dunia ni Along dah takde siapa-siapa dah melainkan Angah,Ateh dan Adik je. Andai Along dah takde satu ari nnti,Along nak Angah jaga adik2 sepertimana Along jaga mereka. Andai Angah kahwin,jangan lepaskan tanggungjawab. Seratakan tanggungjawab tu. Adik tu jaga elok-elok,dia baru kenal dunia luar. Biarkan dia berjaya macam Angah dan Ateh,k. selalulah sedekah Al-Fatihah n doakn arwah mak dan ayah. Solat jangan lupa. Maafkanlah Along andai ada kekurangan selama Along jaga Angah dan adik-adik. Hanya ini yang mampu Along bagi kat kamu bertiga. Ingat ya pesan Along ni.”
Haniff menyeka air yang membasahi pipinya. Pesanan itu baru dirasakannya kelmarin. Gelak tawa Hadzre baru dirasakan berlalu sebentar tadi.
Nukilan: adda wahab
13/11/2011 16:00
nota keyboardku:gapailah harapan itu selagi ia masih boleh digapai...
0 MeTeoR:
Post a Comment