Assalamualaikum w.b.t...apa kbor sume rakan2 blog Meteor Garden??....lama sudah aku tak update blogkan...adakah anda sume rindu??..*rindulah sngat...hehehehe...
alrite,ari ni bersyukur pd YaRabbi kerana aku telah diberi peluang berketup ketap dalam blog aku ini yg sudah bnyak sawangnya...ari ni jugak aku akan perhabiskan sambungan cerpenku iaitu Lagenda Cinta Adda...
xnk tulis panjang2...xnk bebel xtentu hala....jom..
layanzzzzzzzz....
last episod.......LAGENDA CINTA ADDA....
**************************************************************************
Alhamdulillah,dengan penuh onak dan duri aku tempuhi untuk selesaikan segala-galanya. Setahun sudah berlalu hubungan aku dan Aiz. Aku amat-amat berterima kasih pada YaRabbi kerana menguatkan lagi hubungan kami berdua. Untuk mencapai setahun,aku terpaksa hadapi pelbagai dugaan. Aiz begitu tegar mempertahankan cintanya walaupun aku cuba mematahkannya.
Namun untuk menterjemahkan isi hati aku kepada Aiz masih aku tak mampu buktikan atau luahkan. Biarlah ia berdiri teguh disanubariku. Yup,aku amat menyayangi Aiz. Sejak dia menitiskan airmatanya tatkala aku memohon menamatkan hubungan. Café kampus itu menjadi saksi segala2nya. Hati aku yang mula hanya menerimanya sekadar kasihan menjadi sayang. Aku cuba menghapuskan perasaan itu. Aku cuba buang semua itu. Kadang-kadang aku jadi lemas, lemas dalam perjuangan cinta ini. Susah betul nak menguasai semua ini.
Aku masih ingat lagi,7 bulan sebelum genap hubungan aku dan Aiz setahun, lepas aku usai membentangkan Industrial Placementku. Di waktu panaz terik matahari, dari jauh aku lihat Aiz kesana kesini dengan motornya sambil sebelah tangannya memegang erat handset. Aku faham kenapa dia seakan-akan ayam kehilangan anaknya.
Handsetku yang dari pagi tadi aku cabut bateri,aku masukkan semula. Fuuhh,penuh inbox.. aku terduduk,memikir apa yang harus aku lakukan. Arrgghh,persetankanlah semua ni. Apa nak jadi,jadilah..Maafkan aku Aiz..
“Assalamuaalaikum…jumpa Adda kat café sekarang.” Arahku tanpa menunggu jawapan darinya.
Aku menunggu dengan setia. Aku cuba menenangkan fikiran. Air yang penuh sudah habis aku minum. Pelajar semakin berkurang diruang café ini.
“Kenapa offkan handset??..Apa yang payah sangat nak bukak handset tu??..kalau taknak pakai handset,nape tak campakkan je handset tu. Aiz macam orang gila p mai,p mai…call kawan2,mcm orang bodoh tau tak???”…aku tertunduk,menguis2 lantai. Usai sampai terus dia sembur tanpa mengucapkan salam. Dia duduk menghadapku. Kedengaran nafasnya laju, cuba mengawal. Aku masih terdiam.
“Bila Aiz bercakap,pandang muka Aiz. Adda nak apa sebenarnya??..apa lagi yang tak cukup??..”sambungnya lagi. Suaranya keras tapi cuba memperlahankan.
“Adda nak suruh Aiz buat apa lagi untuk puaskn ati Adda…???..Aiz…”
“kita putus…” tanpa sempat dia habiskan percakapannya,aku memotong. Ku lihat wajahnya sedikit terkejut. Terpana. Aku lantas tunduk. Airmata yg ingin jatuh,aku cuba menahannya.
“ulang sekali lagi..”..
“Adda nak putus…”
Dia bangun. Wajahnya diusap. Dia meninggalkan aku lantas duduk disatu sudut. Aku tetap kaku diatas kerusi. Suasana semakin panas walaupun kipas diatas ligat berpusing. Beberapa minit,dia kembali menghampiriku.
“Aiz,cukuplah hubungan kita setakat ni. Adda taknak hati Aiz terseksa. Adda hanyalah perempuan yang biasa, yang tak macam gadis lain. Adda hanyalah gadis kampung. Plz,Aiz. Adda mohon…”aku cuba menahan dari airmata gugur. Dia masih diam. memandang sayu wajahku. Aku tunduk.
“Adda…apa2 pun Adda,Aiz terima seadanya. Aiz taknak kehilangan Adda. Aiz tak pernah terseksa selama kenal Adda. Hampir setahun,Adda…hampir setahun Adda dengan Aiz. apa lagi yang tak cukup??..Aiz cuba jadi yang terbaik. Aiz sudah buang segala2nya hal2 negatif sejak Aiz terima Adda dalam hidup Adda. Masih belum sempurna ke Aiz,Adda???..andai tak sempurna pun,Adda patut sokong Aiz untuk mekarkan hubungan ini. Family Aiz dh pun kenal Adda. Apa lagi,Adda???...”dia bersuara dalam getaran. Tanpa diduga tanganku basah. Aku mendongak. YaAllah…. Aiz menangis…???...
“sampai hati Addakan… setelah banyak benda Aiz korbankn untuk dpatkan Adda,akhirnya camni yang Adda mahu…YaAllah…”dia tunduk. Aku terdiam. Ingin mengesat airmtanya yang berderai keluar.
“Aiz,nape menangis ni??..malu kat org ramai. Dahlah,bagilah Adda masa..Adda buntu dh ni…”aku cuba menguatkan hati walaupun jauh disudut ati,meratap. Tatkala melihat airmata jernih itu,ada something yang singgah disanubariku. Entah….
“Masa apa lagi,Adda!!!???..Selama ni Aiz bagi masa ke Adda,tak hargai ke??..tak fikir sedalam2 ke??..dahlah,Aiz pergi dulu dan tahniah kerana dah menamatkan pembentangan. Jaga diri..”dia bingkas bangun. Aku hanya mampu melihatnya sambil tangannya mengesat wajahnya. Aku tau dia kecewa.
Aku bangun. Melangkah lemah menuju hostel. Sudah tamat. Bukan niat aku,Aiz…
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Kini,Alhamdulillah,sempena pertemuan kami genap setahun aku memberi Aiz sesuatu yang pernah aku niat dulu…
“Adda…terima kasih..”sahut suara setelah punat hijau handsetku ditekan. Aku mengerutkan dahi..
“Terima kasih???..for what??’’..tanyaku kembali. Terdengar ketawa.
“Present td…dalam hidup Aiz,tak pernah pun mana2 gadis yang Aiz kenal,bg benda ni. Terima kasih,Adda. Ia amat berharga bagi Aiz…”suaranya kedengaran ceria. Aku tersenyum. Faham maksudnya.
“Takde apa2 pun,Aiz. Itulah hadiah sebenar2nya hadiah dari Adda,yg penuh dengan kekurangan. Andai suatu ari nanti kita tiada jodoh,tatkala Aiz t’ingat Adda,baca n hayatilah ia,k..”suaraku yang td teruja kembali perlahan.
“Ish,apa yang Adda cakap ni??..Aiz tak sukalah Adda cakap cmtu..dah2,Adda milik Aiz selama2nya,k…”
Terima kasih YaAllah. Apa yang aku hadiahkan padanya,aku mohon kepada-Mu setiap kali dia menggunakan naskhah itu untuk mengalunkan kalam2-Mu,aku mohon campakkanlah kasih sayangnya untuk ku kerana-Mu YaAllah. Cukuplah Aiz dalam hidupku. Tunjukkilah Aiz jalan yang lurus.
Mengenali Aiz walaupun baru setahun lebih banyak mengajar aku erti cinta dan kesabaran. Aiz kadang2 macam budak-budak namun aku suka..ayaks…kawan-kawan Aiz pernah memberitahu,Aiz banyak berubah sejak mengenaliku. Maaf,perubahannya bukan aku yg lakukan…
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Detik berganti detik, hari yang indah buatku makin hampir. Seusai menamatkan belajar,aku dapat kerja di bandar kelahiranku dan Aiz pula menyambung belajar ke tahap degree…
“Assalamualaikum..”..
“Wa’alaikumussalam…”sahutku sambil tersenyum.
“Buat apa tu??”
“Tengah buat keje ni. Aiz dah abis kuliah?”
“Dah.. Ada dalam bilik ni. Rehat-rehat jap. Adda,rindulah..”
“Ish,minggu lepaskan dh jumpa. Mengarutlah Aiz ni.”
“Tu minggu lepas. Minggu ni Aiz nak balik. Kita jumpa,nak?”
“Aiz,taknaklah kalu asyik jumpa je. Nanti jemu,sape susah.”cepat-cepat aku menolak permintaannya. Kedengaran keluhan.
“Hmm…yelah-yelah..Aiz sayang Adda..oklah,Aiz nak p mandi jap. Take care. Assalamualaikum..”
“Wa’alaikumussalam…”talian dimatikan. Aku tersenyum. Bahagia.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Kadang-kadang kerja telah membatasi aku dan Aiz. perjalanan aku bersama Aiz kadang-kadang ada keruhnya namun kami cuba bersikap positif. Itulah lumrahnya percintaan. Ada surut,ada pasangnya. Aiz semakin sibuk dengan tugasannya. Aku pula dengan kerjayaku.
Disatu petang yang udaranya sempoi-sempoi tergugat seketika. Kriing..kriing…tanpa melihat skrin,trus capai handset.
“Hello..boleh saya cari Aqif…”aku mengerutkan dahi. Suara disana bersuara selepas punat hijau ditekan.
“Maaf,ni bukan Aqif..wrong number. Maaf..”lantas aku matikan perbualan. Received call ku cuba tatap. Uiks,nombor ni seakan-akan sama dengan nombor my mum but yg bezanya 2 nombor dr belakang. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Arrgghh,persetankan…
Hampir sebulan aku dan Aiz tak ketemu. Kadang-kadang bagus juga kami tak berjumpa. Kadang-kadang ketidakjumpaan kami membuatkan rindu semakin mengamit. Sejak kejadian salah nombor itu, acapkali nombor itu bermain-main di skrin handset aku. Bila akal jahat menguasai,layanlah jadinya. Astagfirullahal’azim…
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Assalamualaikum,ucuk…”aku hanya tersenyum tatkala membaca sebaris mesej itu.
“Wa’alaikumussalam…ucuk-ucuk pun ada orang sayangkn..”senyuman semakin lebar. Itulah penangan orang muda kalau bercinta.
“hehehe..yelah2..Adda,minggu ni Aiz balik..lama tak jumpa. Aiz nak ajak Adda mai umah,blh?”..dia membalas…aku yang tengah makan hampir tersedak. Ish,mamat ni..bior benar nak ajak aku p rumah dia…
“Jap,nak buat apa erk p umah?”..
“Laa,jumpa Abah dan Ma…”…kepala yang tidak gatal kugaru…adoii,mamat ni bior btl..dulu dh p,xkan nk ajak p laie jmpa parents..ayaks..
“Aiz,taknaklah…seganlah. Lagipun Adda kan dh p dulu..ckuplah tu..”
“Tengok..dulu Aiz ajak pun, tu r jwpannya…nak segan apanya??...Aiz dh gtau Ma yg Adda nk mai..”
“What???....”..aku lntas bngun terus menuju ke dapur..Fuuh,nasib baik just mesej je,kalu call tak naya ke??...semput aku dibuat mamat sorang ni…
“Yelah..Aiz dah gtau kat mereka dh pun…hehee..”..belum sempat aku membalasnya dah berkriiing…control urself,Adda lantas punat hijau ditekan..
“Aiz,plz…taknak r cmni…malulah..”belum sempat dia bersuara,aku cepat2 bersuara..
“Tengok..Aiz dah gtau yang Adda nak mai minggu ni..jgn nak bg alasan,Aiz p amik kat umah petang Jumaat nanti. I don’t care..”
“But I care,Aiz…”..kami diam seketika..
“Adda….”….nafas aku ditarik dalam-dalam…
“Adda,sekali ni je..Aiz tak minta lebih pun.”..aku diam..
“Camnilah…bior Adda fikirkan dulu,blh??..Selasa malam Adda bagi jawapan..blh??”..
“Yelah…tp jgn lupa tau..Selasa malam,k..”
“Yee….i’m promise…”
“Sayang Adda….”…mukaku diraup..YaAllah…
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Alhamdulillah,perjalanan hubungan kami berjalan lancar walaupun kadang2 ada perang dunia...hehehe..biasalah...kehidupan kami terus berlalu...Aku suka akan keluarga Aiz…adik beradiknya yg sedikit nakal dan peramah. Sebagai anak yang sulung Aiz kadang-kadang menunjukkan sifat teladan kepada adik-adiknya. Ibu bapanya yang peramah membuatkan aku sedikit segan.
Kriing..kriing…
Aku menepuk dahi tatkala melihat nama di skrin. Berbunyi pula time aku dan Aiz. Belum sempat nak tekan punat hijau…abis…..arrggghh…aku tunduk..menguis2 pasir dihujung sandal. YaAllah,bantulah hamba-Mu ini..
“Sape Azhar ni??”..Allah,soalan yang aku agak sudah meniti dibibir Aiz. Aku kelu. Masih terdiam..
“Adda dengar tak ni soalan Aiz??”..suaranya masih perlahan. Aku masih membeku.
“Adda nak suruh Aiz call back ke si Azhar dan tanya sape dia atau Adda ada jawpan untuk itu??”..soalan yang bakal memerangkapku.. aku mengangkat kepala. Untuk memandang matanya,takkan sesekali. Itulah kelemahanku. Aku hanya memandang tangannya sahaja yang kemas memegang handsetku.
“Adda tak kenal. Budak tu itu hari wrong number.”terangku perlahan. Betullah aku bagitau. Budak tu memang silap nombor tapi aku yg silap coz p layan. Adooii,tu silap aku tu…matilah aku..
“ooo..wrong number erk…tapi kalu wrong number sekalipun,nape ada nama erk?”..Allah…
“Dahlah..jom kita balik..”..suaranya sedikit naik. Aku faham. Aku diam. Tidak mampu berkata apa-apa. Enjin kereta di on..fuuh,lajunya dia ni bawak…
“Aiz…nape laju sangt ni??..tak nampak ke motor kat depan tu??..Aiz nak mati ke apa ni??”..aku menjerit tatkala melihat kereta Aiz sedikit lagi ingin melanggar sebuah motor. Dalam hatiku tak habis-habis berdoa. Aiz diam membeku. Tangannya ligat bermain-main gear. Sekilas pandang ku lihat wajahnya merah padam. Menahan marah barangkali. Aku tidak pernah melihat Aiz begini. Tak pernah…YaAllah…
“Dah sampai…keluar sekarang!!!!...”..aku tersentak..
“Keluar aku kata…!!!!...”
Tanpa sedar airmataku menitis. Mataku setia mengiringi keretanya keluar dari ruang padang rumahku.
Sudah dua hari Aiz menyepi. Aku menjadi tak tentu hala. Benar kata orang, bila dah kita mula menyayangi seseorang itu, terasa sesuatu yg sukar untuk diungkapkan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Apa yang Aiz pernah alami dulu, aku sekarang mengalaminya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Assalamualaikum…”..aku bersuara setelah panggilan ku disambut. Senyap..
“Aiz sihat??..macam mana study??..”..masih diam. Aku takkan mengalah. Setelah seminggu lebih aku tak mendengar khabar beritanya jauh sekali suaranya. Aku rindu sangat-sangat. YaAllah,bantulah aku…sabarkanlah aku dalam menghadapi dugaan ini.
“Aiz tak rindukan Adda ke??”..masih diam..
Toot…toot…talian dimatikan..mutiara kembali bersinar dipipiku.
Aku meneruskan kerja seperti biasa walaupun hati penuh dengan kesakitan dan kerinduan. Semua mesej yang aku hantar tak dibalas. Telefon pun tak diangkat. Begitu besar ke kesilapan aku sampai kau menghukum aku sebegini rupa,Aiz…???... hampir dua tahun perhubungan kite,Aiz…segala dugaan dan cabaran kita tempuhi sama-sama. Apakah ini sudah…..YaAllah…tunjukkilah aku jalan keluarnya..
“Assalamualaikum…cukuplah..sampai disini sahaja. Aiz mohon Adda berhenti kacau Aiz lagi. Aiz dah ada pengganti dan Aiz doakan Adda pun mendapat kebahagiaan. Yang lepas,lepaslah. Segala salah silap Aiz,maafilah Aiz…mulai sekarang,Aiz lepaskan Adda…jaga diri…”
Cukup-cukup 2 tahun hubungan kami berakhir disini. Namun kusempat menghadiahinya sesuatu ntuk hari kelahirannya walaupun melalui kawannya. Dia sudah bahagia…Alhamdulillah,syukur pada Mu YaRabbi..
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Yee,Allah dah bagi aku jalan keluarnya. Jalan keluar yang pada mula aku terima dengan sejuta tangisan. Berkelana jiwa membutakan fikiranku untuk menjadi waras saat itu. Kesakitan yang aku rasa aku cuba menterjemahkan dalam kerjaku seharian. Memekakkan telinga dari kata-kata hikmah. Mebutakan mata dari membaca kalimah-kalimah suci. Membisukan lidah dari membasahi dengan zikir. Namun Dia tetap menyayangiku.
Aku kembali menghampiri budak perempuan itu. Dia masih menangis. Sama seperti meninggalkan aku tadi. Aku memegang bahunya. Dia mendongak. Aku tersenyum.
“Dik,kadang-kadang Allah bagi hujan sedangkan kita mahukan pelangi yang indah dan tatkala kita mahukan hujan,Allah bagi pelangi yang amat2 indah. Rupa-rupanya,Dia ada percaturan yang tersendiri tanpa kita perasan yg DIA AMAT MENYAYANGI KITA SELAMA-LAMANYA..”
“Hidup hanya sementara,dik. Adik kehilangan cinta tapi sebetulnya adik tak pernah kehilangan apa-apa..”..dia setia memandang dan mendengar kata-kataku. Dahinya sedikit mengerut.
“Maksud akak???..”dia kembali bersuara.
“Adik,sebetulnya kita tak pernah tewas. Yang kita tewas adalah dalam mainan syaitan. Nafsu dan akal bila dah bercelaru,syaitan mula memainkan peranannya. Adik masih lagi ada cinta…ALLAH,dik…saat kau kecewa..saat kau duka…saat kau gembira…DIA tak pernah lupakan kita. Yang terjadi tetap terjadi, ALLAH tak pernah zalim pada kita,Cuma kita yang zalim pada diri sendiri.”
“Cuba lihat ombak itu…”arahku. Anak matanya terus tertancap pada desiran ombak itu.
“itulah kita…kadang-kadang perlahan hempasannya…kadang-kadang bila tiba ketidakwarasannya,rumah ditepi pun dibantainya. Adik,jgn ingt berakhirnya percintaan adik dengan makhluk kaum Adam,hidup adik pun akan berakhir. Sebetulnya,pengakhiran percintaan adik adalah permulaan kehidupan adik untuk menjalani hidup yang penuh dengan pancaroba ini dengan matang. Pengalaman adalah guru ntuk kita terus Berjaya. Jangan give up dan yg penting jgn jadi macam akak..”…tangannya ku lepas. Aku tersenyum. Kakiku mula melangkah.
“Akak….”jeritnya. aku berhenti lantas menoleh.
“terima kasih akak…”…tubuhku dipeluknya erat….aku mengusap-usap bahunya.
“dahlah…past is past..adik ada family yang amat sayang2kan adik. Kembalilh pd mereka. Sayangilah mereka. Solat jangan tinggal,kunci kejayaan hidup kita. Lepaskanlah semua itu dengan redha. Sabarlah dalam mengharungi roda kehidupan.” Terakhir dariku. Pelukan dileraikan. Kakiku terus melangkah.
Selagi kita berjasad,selagi itulah kita diuji. Jangan mudah jatuh andai ujian menimpa. Allah sentiasa dengan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Sebetulnya,Allah dah panggil kita untuk kembali pada-NYA………………….
….walaupun aku pernah tewas dengan CINTA MANUSIA namun aku takkan sesekali tewas dengan CINTA ALLAH….cukuplah disini….cukuplah cintaku mati disini…..sudah sampai sini…YaAllah,jadikanlah aku seorang hamba yang redha,pasrah dan ikhlas menerima segala dugaan,cabaran n ujian dari-MU….
…YaAllah,bahagiakanlah insan itu…aku maafi segala kelakuannya sepanjang kami mengenali…
awan mendung berarak dengan penuh kemegahan
membawa sejuta satu cerita
kehidupan yang indah hargailah sebelum kita dikejutkan dgn kehidupan yg kecewa
Aku hanya hamba
hamba yang penuh dengan kekurangan dan kehinaan
cinta ibarat roda
yang tatkala kita gmbira,sentiasa bersama kita
tatkala kita duka,pergi membawa diri dgn penuh sejuta rahsia
nota keyboardku:jangan berumah ditepi pantai andai kita takut dihempas ombak.