This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.


Sidang Meteor

Showing posts with label sulat kabor baru. Show all posts
Showing posts with label sulat kabor baru. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Penyanyi Rebah

Assalamualaikum,kwn2...selamat ari Jumaat...semoga kwan2 n wrga Mesia sentiasa d bwah naungan-Nya...alrite,td pagi Ruby ade baca paper metro...jom layan jap...


KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.

Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.

Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya.

“Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Selain menyifatkan kejadian yang menimpa sahabatnya itu bagai sukar dipercayai, Riot langsung tidak menyangka pertemuan petang itu yang terakhir antara mereka.

“Siapa sangka, dalam sekelip mata saja saya kehilangan seorang sahabat. Bukan saja kami berdua sering membuat persembahan bersama, malah kami berkongsi minat sama iaitu bermain bola sepak seperti kami lakukan hari ini,” katanya.

Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali.

Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.

Sebelum itu, Shamrin sempat membuat persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena Pelancaran Syiling P Ramlee dengan menyampaikan sebuah lagu seniman agung itu berjudul Bila Larut Malam.

moga arwah d cucuri rahmat...Al-Fatihah...

p/s:Ruby pernah jumpa penyanyi ini semasa beliau membuat persembahan d kampus Ruby setahun yang lepas sempena Hari Terbuka kampus Ruby...


post signature

Saturday, June 19, 2010

Rangka Itu Milik Siapa??

ehsan dari Metro (19/06/2010)
polis sedang mengumpul bukti keatas sebuah kereta yang terbakar yg d temui d kwasan perumahan Kg Kebuh Jimah, Lukut... d temui oleh seorang lelaki yg ingin mencari siput..mayat yang tinggal rangka..

Subhanallah... kejam sungguh manusia d abad ini skang... hukum di tolak tepi... mane pergi sifat kasih sayang.. perikemanusiaan meke sume nie???????????........ bunuh membunuh nie menjadi perkara bese aku nengok skang...
biter skang xabiz2 kongsi ilmu tang bunuh2 nie... budak2 pun meke sanggup bunuh... YaAllah, gamaknye zaman Jahilliah dah merebak... manusia... bile dah iman kurang.. lost dr Rabbi, camnilah jadinye...
ibu bapa bimbang akan keselamatan anak2... istri gelabah bilemana suami xpulang2 seperti bese... alih2 dgr biter...

"maafkan sy.. suami puan d temui b'dekatan belukar"

"harap bertenang.. kami menjumpai satu rangka.. kami meminta puan datang untuk mengenal pasti.."

meke yg xb'dosa pun meke rembat...
aku pun jadi takut skang.. bimbang akan keselamatan my family.. adik2 aku.. anak2 buah aku... Nauzubillah.........

YaAllah, aku hanyalah hamba. hamba yang lemah, yang memerlukan pertolongan & perlindungan dari-MU... Engkau selamatkanlah keluargaku, sahabat2ku dan pada mereka2 yang beriman... jauhilah kami dari kesengsaraan, fitnah, malapetaka... hanya Engkau kami bergantung harap.. cukuplah Engkau sebagai pelindung kami... Amiin YaRabbal Alamin...

p/s:itulah dunia... bilemana nafsu menguasai ati, terjadilah suasana begini... bunuh membunuh.. bakar m'bakar.. dendam... mailah sahabt2ku, berdoa agar makhluk2 atas dunia ini d lindungi...



post signature


Friday, June 4, 2010

Zionis Makin Melampau..


BERIBU-ribu penduduk Turki menyembahyangkan jenazah aktivis misi bantuan Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas komando Israel di perairan antarabangsa, dekat Palestin, Isnin lalu.

Subhanallah... kekejaman Israel makin terbukti... tak kira tempat n xkira siapa...
dunia sekarang bersatu, berpadu ntuk menentang kekejaman Zionis Yahudi nie...
ape yg kite nk gelarkan pade meke2 yg langsung tiada hati perut nie??..

YaAllah Ya Tuhanku, Engkau ynag menjdi langit & bumi.. Engkau Yang Menguasai Hari pembalasan.. Lindungilah saudar2ku d sana.. Lindungilah sahabat2 ku d sana.. hapuskan tentera Yahudi sepertimana Engkau hapuskan tentera b'gajah Abrahah dahulu...

wahai kwn2ku, marilah kite sama2 berdoa agar kawan2 kite selamat d sana..
berganding bahu menentang Yahudi Laknatullah....

ALLAHUAKBAR....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


post signature

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Malaysia dan dari negara lain yang berada atas kapal Mavi Marmara yakin serangan tentera Israel terhadap kapal itu Ahad lalu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 aktivis sebagai satu serangan dan pembunuhan terancang.

Dakwaan itu berdasarkan serangan menggunakan peluru hidup tanpa amaran, kehadiran dua helikopter berlegar-legar di ruang udara berhampiran kapal seawal jam 2 pagi dan serangan awal pagi ketika aktivis Islam sedang menunaikan solat Subuh.

Ketua Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza bersama sembilan rakyat Malaysia, berkata apabila tentera Israel menggunakan peluru hidup, ia bermakna mereka berniat untuk membunuh aktivis.
“Jika hanya mahu menawan kapal, tidak perlu guna peluru hidup kerana kami tidak bersenjata. Serangan awal pagi ketika aktivis Islam menunaikan solat Subuh menguatkan lagi teori itu.

“Jika mahu memeriksa kapal, mereka sepatutnya memberi amaran dan memperkenalkan diri dulu. Jika betul ada amaran, kami akan memberhentikan kapal kerana aktivis tidak sekali-kali ingkar arahan pihak berkuasa jika diarah menyerah diri.

“Tiada sebab kami mahu melawan kerana kapal tidak membawa senjata api, sebaliknya hanya bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi di Jordan, semalam.

Pandangan beliau disokong aktivis negara lain, Mattias Gardell dan Henning Mankell, kedua-duanya dari Sweden yang turut menuduh Israel merancang untuk melakukan pembunuhan di atas kapal berkenaan.
“Kami ialah saksi kepada pembunuhan terancang,” kata Mattias yang juga pakar sejarah. Beliau berada atas Mavi Marmara bersama isterinya yang juga sejarawan, Edda Manga.

“Ini adalah serangan tentera terhadap misi bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.

“Adalah mengejutkan Israel bertindak di luar batasan. Ramai penumpang kapal menganggap komando Israel akan membunuh semua orang. Mereka ketakutan.

“Amat pelik jika ada orang anggap tidak perlu pertahankan diri. Adakah anda patut duduk saja dan kata bunuh saya,” katanya kepada radio awam sejurus tiba di Istanbul, Turki bersama hampir 500 aktivis yang dipetik oleh agensi berita AFP.

Henning, penulis cerita jenayah terkenal Sweden yang berada atas kapal lain pula menyifatkan tindakan Israel itu adalah pelanunan di laut antarabangsa.

Sementara itu, Bulent Yildirm, ketua badan kebajikan Islam Turki yang mengetuai kempen memecahkan sekatan Israel terhadap Gaza, mendakwa askar Israel membunuh aktivis secara rambang apabila memasuki Mavi Marmara yang mengetuai enam kapal lain bagi membawa bantuan ke Gaza.

Seorang lagi sukarelawan Malaysia yang juga Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, berkata jika tentera Yahudi mahu menyekat kapal itu daripada meneruskan pelayaran, mengapa perlu melepaskan tembakan rambang termasuk menggunakan peluru hidup.

Beliau berkata, tentera Israel tidak harus bertindak kejam sehingga perlu melepaskan tembakan ke arah sukarelawan, sebaliknya boleh memikirkan cara lain untuk mendesak mereka menyerah diri.

“Saya menyaksikan sendiri bagaimana tentera Israel menembak tepat ke arah dahi seorang sukarelawan dari Turki sehingga otaknya terkeluar. Mereka juga menembak seorang petugas media dari Indonesia dan peluru terkena dada hanya kerana dia mahu merakamkan gambar kekejaman tentera Yahudi atas kapal,” katanya.

Wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin, Al Hami Husain Suhaimi pula yakin ia adalah serangan terancang untuk menawan Mavi Marmara berdasarkan pengawasan tentera Israel terhadap kapal itu sejak jam 2 pagi.

Beliau berkata, sebelum serangan jam 4.30 pagi, dua helikopter berlegar di ruang udara berhampiran kapal seolah-oleh menunggu masa sesuai untuk menyerang.
“Kami menjangkakan selepas solat Subuh dan bersarapan, kapal mula menghampiri Gaza dan meminta kebenaran untuk memasuki wilayah itu.

“Israel lebih awal bertindak. Selain kapal diekori tentera menaiki dua bot laju yang cuba menaiki kapal, mereka menembak dengan peluru asap untuk memudahkan pergerakan. Semua tindakan itu menggambarkan serangan dibuat secara terancang untuk menawan kapal kami,” katanya.

Sunday, May 31, 2009

Pertama dlm tempoh 2 year..


yabedabedu... chelsea winner in da FA Cup.. mengalahkan Everton 2-1. Stadium Wembley menjadi saksi kejuaraan Chelsea. Pemain peberet aku, frank lampard tlh wat pemain2 Everton gigit jari jap... hahahhha.. walaupun aku tak tgk tapi aku dah agak dh yang Chelsea gerenti menang walaupun sebetulnye aku adalah peminat setia Liverpool... tp Chelsea aku vote gak tapi kalu diorg bertembung aku vote Liverpool.. hehehehe...

Lampard yang meledakkan gol penting bagi pasukan pada minit ke-72 berkata jaringan kemenangan olehnya adalah untuk ibu tersayang yang meninggal dunia, tahun lalu. “Kami menunjukkan perwatakan baik dan menguasai perlawanan selepas babak pertama,” kata Lampard. “Gol kemenangan ini juga menceritakan bagaimana ayah saya (Frank senior) menyambut jaringan yang hebat pernah dilakukannya dulu. Ibu saya akan menghargainya.”
Apapun, Everton melakukan permulaan sempurna apabila Louis Saha merembat masuk gol pertama ketika permainan hanya berusia 25 saat untuk merakamkan namanya dalam sejarah Piala FA selaku penjaring terpantas. Namun, penyerang Ivory Coast, Didier Drogba tampil menanduk masuk pada minit ke-21 sebelum rembatan jarak jauh Lampard mengesahkan kemenangan kelima bagi kelabnya dalam kejohanan itu dan detik ceria buat Hiddink. Ia juga malam indah buat pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole untuk muncul pemain pertama dalam tempoh lebih 100 tahun untuk memenangi lima pingat Piala FA. Bagi Drogba ia harus menebus rasa kecewa tewas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kepada Barcelona.
“Saya amat gembira. Kami memerlukan untuk memenangi trofi musim ini dan kami percaya dapat melakukan. Hiddink mengubah wajah cabaran kami malam ini (malam tadi),” katanya. - AFP


Thursday, May 21, 2009

sedih wooo..

YaAllah, this day, aku ponteng bengkel.. bukan sngja woo tapi perut aku ni hah, mengada2.. TER***** tak henti2 (jamban jd tempat persinggahan hari ni..damn it!!!).. huhuhu, makin lembik longlai aku rase... aku pun tadaa paham nape aku TER***** this day.. aku menketadarah ape erk???..hohohoo.. hah, ari ni dari aku duk terbaring lentang (kalah mamat2 rempit ni, aku nak berketup-ketap..).. tapi nak citer ape erk... tick tock tick... kreek.. uny budy in da my mind... hoh.... hehehehe.. meh.. meh.. dgr jap.. mengikut paper this day yg aku khatam smpai abis, aku amat2 sedih... (abis lenjun cadar aku dibuatnye..)... nak tau nape...???.. jeng... jeng...

mengikut laporan yang aku terima & yang aku hear (ceh,kalah wartwan pro ni..see da leg r..).. 98 nyawa terkorban di JARKATA (jawa timur) angkara kapal terbang yang membawa penumpang seramai 110 penumpang telah menjunam ke atas rumah. Pesawat Hercules C-130. huhuhu, kanak2 pun ade jugak yang menjadi mangsanye.. aku amat sedih.. btl2 sedih.. bile aku membaca atau melihat kejadian2 yang ngeri, yang membawa kematian, hati aku amat sebak dan pilu.. yelah, kite hidup sekejap jew.. kat mane2 pun kalu nyawa Allah nk trik, xkira kat mane.. woooooo... kematian menginsafkan aku bahawa betapa kerdilnya aku di sisi-NYA..




inilah pic yg sempat aku tarik dr akhbar BH tu, amat sadiskan...
PASUKAN penyelamat Indonesia memeriksa pesawat pengangkut tentera Hercules C-130 yang terhempas di kawasan penempatan di Jawa Timur semalam.


Monday, April 27, 2009

Manusia digalak bangunkan bumi menerusi usaha berfaedah, bukan bawa kehancuran

MUSLIM yang selalu mengharap rahmat dan keredaan Allah akan menyedari serta mengerti siapa dirinya dan untuk apa diciptakan di dunia ini. Jelas diberitahu dalam al-Quran manusia diwujudkan semata-mata untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang selalu beribadat kepada-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 58)

Tidak dinafikan sebilangan besar umat Islam yang hanya memahami istilah ibadat itu tertumpu kepada amalan ibadat khusus dan fardu ain seperti solat, zakat dan haji.

Sementara soal selain itu seperti bercucuk tanam, bertukang, belajar ilmu kedoktoran dan mendalami selok-belok pertanian dianggap tiada kaitan dengan ibadat. Fahaman itu tidak menepati maksud ibadat sebenar mengikut pandangan Islam.

Ibadat ialah melakukan sesuatu pekerjaan atau kegiatan dengan ikhlas kerana Allah sama ada ibadat umum atau khusus.

+fahamilah ia...

Allah juga menghendaki manusia menjadi khalifah yang berperanan mentadbir, mengatur dan membangunkan dunia mengikut saluran ajaran Islam yang suci. Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Menjadi khalifah satu tanggungjawab atau amanah sangat besar dan berat. Lantaran itu makhluk lain tidak sanggup memikulnya. Al-Quran menceritakan yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah al-Ahzab, ayat 72)

Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, Allah melengkapkan manusia dengan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu membolehkan manusia menguruskan alam. Mengambil manfaat daripada kejadian langit, bumi, lautan dan pada masa sama mentadbir umat manusia supaya berakhlak mulia, mengejar kemajuan, membina tamadun serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu menepati ciri hamba yang taat dan bertakwa.

Namun, realitinya umat Islam hari ini belum dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah kerana cara hidup, fizikal dan mental mereka berdegup mengikut hawa nafsu serta dipimpin kuasa budaya Barat. Ini gambaran yang mendukacitakan, betapa lemahnya umat Islam kini gara-gara ketinggalan dalam penguasaan ilmu. Sehingga senang ditindas dan dihina serta diperlakukan sebagai manusia tidak bertamadun oleh musuh.

Sememangnya keadaan itu sudah diduga sejak awal iaitu jika umat Islam tidak mempersiapkan diri dengan ilmu. Lantaran itu Rasulullah SAW secara tegas mewajibkan setiap Muslim menuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan sejagat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami ciptakan besi (dan perak, emas, tembaga, minyak dan lain-lain) yang padanya ada kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia (untuk diolah) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama-Nya (Islam) dan Rasul padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah al-Hadid, ayat 25)

Apabila manusia rajin bekerja dan istiqamah berusaha menegakkan ibadat, bermakna sudah menepati tujuan penciptaannya supaya menjadi khalifah yang bijak memakmurkan bumi ini. Firman Allah bermaksud: "Dialah yang menciptakan kamu daripada bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya (menghuni dan mengolah hasil bumi untuk kesejahteraan umat manusia)." (Suraj al-Hadid, ayat 61)

Pengertian pemakmur dalam ayat tadi ialah kepakaran dan kemampuan manusia membangunkan bumi menerusi usaha dalam pertanian, perindustrian, memajukan taraf hidup serta menghindari perkara yang boleh merosakkan alam ini berdasarkan ilmu yang benar.

Manusia yang dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan baik mengikut syariat Islam, tentu mulia di sisi Allah. Sesungguhnya manusia memikul tanggungjawab sebagai khalifah adalah ujian Allah mengukur sejauh mana ketaatan dan keimanan. Jika dijalankan tugas itu dengan baik, diberi ganjaran di akhirat dan begitu juga sebaliknya kerana tidak menunaikan tanggungjawab seperti mengkhianati amanah yang diberi.

Firman Allah bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana hendak menguji kamu pada apa yang sudah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am, ayat 165)

Sepanjang hidup kita sebagai umat Islam perlu berlumba-lumba mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dengan usaha menepati ciri umat Nabi Muhammad yang diakui Allah sebagai umat terbaik.



Tuesday, April 14, 2009

Liverpool harus contohi Bolton

IVANOVIC (kanan) melonjak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, minggu lalu. Kini dia menjadi 'ikon' baru buat Chelsea dan menjadi tumpuan awal pagi esok.

Skuad Benitez berdepan misi mustahil jaring tiga gol di Stamford Bridge

LONDON: Jika Liverpool mahu mencari inspirasi apabila berdepan tugas sukar untuk pertemuan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia), mereka hanya perlu mencontohi Bolton Wanderes.

Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol di Stamford Bridge, untuk mengatasi Chelsea di perlawanan kedua suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pasukan bimbingan Guus Hiddink itu minggu lalu.


+Teruskan...


Bolton menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit di Chelsea kelmarin, selepas mendapatkan gol pertama mereka sesudah ketinggalan 4-0 dan Chelsea sudah mengeluarkan Frank Lampard dan Didier Drogba apabila perlawanan kelihatan sudah dimenangi mereka.

Walaupun Chelsea bertahan untuk menewaskan Bolton 4-3 dan mengekalkan tekanan ke atas Liverpool dan pendahulu, Manchester United di Liga Perdana, Bolton sudah membuktikan pertahanan Chelsea bukan tidak boleh ditembusi.

"Saya sedikit risau kami melepaskan tiga gol tetapi setiap perlawanan berbeza, namun biar ia menjadi pengajaran, " kata jurulatih sementara Chelsea, Hiddink.

Walaupun tanpa kapten pasukan, John Terry yang menjalani penggantungan, mereka tetap mempunyai pemain gantian yang berkemampuan seperti yang dibuktikan pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic yang jarang diturunkan dan menjaringkan dua gol di Anfield.

Ricardo Carvalho yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan selepas tidak beraksi tiga perlawanan, dijangka mengisi kekosongan Terry.

Liverpool pasti berharap untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge apabila mereka tewas di separuh akhir musim lalu.

Bagaimanapun, mereka sudah menang di sana musim ini dengan kemenangan 1-0 Oktober lalu yang menamatkan rekod tanpa kalah 86 perlawanan Chelsea di tempat sendiri dalam Liga Perdana.

Sejak itu, Chelsea sudah menggantikan jurulatih, Luiz Felipe Scolari dengan Hiddink dan nasib mereka berubah di bawahnya dengan sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan. � Reuters



Monday, March 23, 2009

Liverpool belasah Villa..

Yippiee...Alhamdulillah..my feberet club,Liverpool hentam Villa..5-0,guys..thanks pd Steven coz b'jya m'buat hatrik...pergh,sbut Liverpool nie,mnat giler r tp xde r giler mne pun..

LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Aston Villa bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United kepada hanya satu mata. Dirk Kyut membuka jaringan pada minit kelapan dengan rembatan kencang selepas sepakan percuma Gerrard terkena palang dan melantun ke arah beliau. Albert Reira menyumbat gol kedua Liverpool dengan larian pantas dan sepakan ke penjuru gawang hasil umpanan jauh penjaga gol Pepe Reina, pada minit ke-33.
Gerrard menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti enam minit kemudian selepas Reira dijatuhkan dalam kotak penalti. Kapten Liverpool itu menjaringkan gol kedua beliau menerusi sepakan percuma hanya lima minit selepas separuh masa kedua bermula sebelum melengkapkan hatrik menerusi satu lagi sepakan penalti pada minit ke-65 selepas Fernando Torres dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Friedel, yang dilayangkan kad merah. Dengan kemenangan besar itu, Liverpool kini memintas United dan Chelsea dari segi perbezaan gol dan kembali ke kedudukan kedua liga. - Agensi
myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!