Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada Wed, Apr 2, 2025 08:02:22 PM
Anda pernah singgah di blog METEOR GARDEN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Sidang Meteor

Tuesday, April 14, 2009

Liverpool harus contohi Bolton

IVANOVIC (kanan) melonjak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, minggu lalu. Kini dia menjadi 'ikon' baru buat Chelsea dan menjadi tumpuan awal pagi esok.

Skuad Benitez berdepan misi mustahil jaring tiga gol di Stamford Bridge

LONDON: Jika Liverpool mahu mencari inspirasi apabila berdepan tugas sukar untuk pertemuan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia), mereka hanya perlu mencontohi Bolton Wanderes.

Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol di Stamford Bridge, untuk mengatasi Chelsea di perlawanan kedua suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pasukan bimbingan Guus Hiddink itu minggu lalu.


+Teruskan...


Bolton menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit di Chelsea kelmarin, selepas mendapatkan gol pertama mereka sesudah ketinggalan 4-0 dan Chelsea sudah mengeluarkan Frank Lampard dan Didier Drogba apabila perlawanan kelihatan sudah dimenangi mereka.

Walaupun Chelsea bertahan untuk menewaskan Bolton 4-3 dan mengekalkan tekanan ke atas Liverpool dan pendahulu, Manchester United di Liga Perdana, Bolton sudah membuktikan pertahanan Chelsea bukan tidak boleh ditembusi.

"Saya sedikit risau kami melepaskan tiga gol tetapi setiap perlawanan berbeza, namun biar ia menjadi pengajaran, " kata jurulatih sementara Chelsea, Hiddink.

Walaupun tanpa kapten pasukan, John Terry yang menjalani penggantungan, mereka tetap mempunyai pemain gantian yang berkemampuan seperti yang dibuktikan pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic yang jarang diturunkan dan menjaringkan dua gol di Anfield.

Ricardo Carvalho yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan selepas tidak beraksi tiga perlawanan, dijangka mengisi kekosongan Terry.

Liverpool pasti berharap untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge apabila mereka tewas di separuh akhir musim lalu.

Bagaimanapun, mereka sudah menang di sana musim ini dengan kemenangan 1-0 Oktober lalu yang menamatkan rekod tanpa kalah 86 perlawanan Chelsea di tempat sendiri dalam Liga Perdana.

Sejak itu, Chelsea sudah menggantikan jurulatih, Luiz Felipe Scolari dengan Hiddink dan nasib mereka berubah di bawahnya dengan sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan. � Reuters



Related Posts:

  • Pertama dlm tempoh 2 year..yabedabedu... chelsea winner in da FA Cup.. mengalahkan Everton 2-1. Stadium Wembley menjadi saksi kejuaraan Chelsea. Pemain peberet aku, frank lampard tlh wat pemain2 Everton gigit jari jap... hahahhha.. walaupun aku tak tgk… Read More
  • Liverpool belasah Villa..Yippiee...Alhamdulillah..my feberet club,Liverpool hentam Villa..5-0,guys..thanks pd Steven coz b'jya m'buat hatrik...pergh,sbut Liverpool nie,mnat giler r tp xde r giler mne pun..LIVERPOOL: Steven Gerrard menjaringkan hatrik… Read More
  • Manusia digalak bangunkan bumi menerusi usaha berfaedah, bukan bawa kehancuranMUSLIM yang selalu mengharap rahmat dan keredaan Allah akan menyedari serta mengerti siapa dirinya dan untuk apa diciptakan di dunia ini. Jelas diberitahu dalam al-Quran manusia diwujudkan semata-mata untuk menjalankan tanggu… Read More
  • Zionis Makin Melampau..BERIBU-ribu penduduk Turki menyembahyangkan jenazah aktivis misi bantuan Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas komando Israel di perairan antarabangsa, dekat Palestin, Isnin lalu.Subhanallah... kekejaman Israel makin terbu… Read More
  • sedih wooo..YaAllah, this day, aku ponteng bengkel.. bukan sngja woo tapi perut aku ni hah, mengada2.. TER***** tak henti2 (jamban jd tempat persinggahan hari ni..damn it!!!).. huhuhu, makin lembik longlai aku rase... aku pun tadaa paham… Read More

0 MeTeoR:

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!