Dua minggu berada di JB membuatkan aku sedikit bosan. Berkira-kira hari untuk mencari tempat praktikal yang lain. Handset dicapai lantas mencari-cari sesuatu lalu dial. Menunggu dengan sabar panggilan disambut.
“Assalamualaikum…en…Adda ni…”jawapku setelah mendengar sahutan disana.
“Saya nak tukar tempatlah. Kat sini ada problemlah. apa yang dia beritahu dulu tak sama dengan sekarang. bukan tugas saya pun,kena paksa buat.”terus terang aku memberitahu.
“Camnilah,tunggu 3 hari lagi. apa-apa hal saya contact Adda semula,k.”
Handset dimatikan. Aku lantas bangkit malas dari kerusi,merenung jauh seketika.
“kenapa dengan aku ni?”getusku sendirian sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Wajah seseorang menggamit mindaku. Sejak berkelana di JB,aku jarang melayan panggilannya. Kerja-kerja membatasi segala-galanya.
Segala kerja serba tidak kena. Melihat sekilas ke telefon bimbit. Nombor seseorang didail.
“Wa’alaikumussalam…”jawabku sebaik sahaja mendengar suara.
“Aiz buat apa tu?”tanyaku dengar perasaan yang bercampur aduk namun aku cuba mengawalnya.
“Tak buat apa-apa.”jawabnya.
“Tak buat apa-apa tp nape tak call or mesej Adda?”Aku menepuk dahi. Lain yang nak ditanya lain pula yang keluar. Aiz tersenyum namun buat-buat tak tahu.
“Malas.” Sepatah sahaja jawapan yang keluar daripada bibir Aiz. Aku menjadi hairan dengan sikap Aiz. Acuh tak acuh. Biasa dia yang teruja kalau aku call dia or mesej. Lain benar hari ni. Aku mula berprasangka negatif. YaAllah,kuatknlah aku.
“ooo..kalu camtu xpelah,maaflah ganggu Aiz..alrite…Assalamualaikum..”aku ingin mematikan percakapan namun..
“Adda…Aiz rindu..”sayu kedengaran suara disana. Aku kelu. Suasana sepi seketika..
“Adda tak rindu Aiz ke?” Demi Allah,Aiz..Adda amat merindui Aiz namun….aku takkan sesekali mengaku,biarlah kerinduan n kasih sayangku menjadi rahsia d sanubariku. Itu prinsip aku…
“Aiz,nape ni? Tengok..Adda adakn ni..”pujukku seakan memujuk si kecil. Aku cuba menahan ketawa.
“Adda tak rindu Aizkan?..xpelah,Aiz sedar sape Aiz ni,Adda. Berminggu-minggu tak jumpa,ingat senang ke nak menanggung rindu ni?.” Aiz meluahkan segala isihatinya. Aku kelu tanpa kata-kata. Suasana sepi seketika.
Aiz,bagaimana ingin ku khabarkan bahawa diri ini amat-amat merinduimu. Aiz,maafkan Adda kerana tak pernah menterjemahkan segala isi hati yang terpendam selama mengenalimu.
Aku tak pernah jatuh cinta cuma diwaktu sekolah dulu,aku pernah menyukai seseorang namun aku hanya mampu pendamkan semuanya. Aku rendah diri, seorang gadis yang dulunya pemalu dan slow. Kini,aku dicintai oleh seseorang. Permulaannya aku terima hanya sekadar dasar simpati. Kini,aku terjerat dalam masalah yang dicipta tanpa sedari. Aku meraupkan wajahku.
YaAllah,Engkau berikanlah aku satu kekuatan untuk hadapi semua ini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Adda,dekat Pahang nak tak?”
“hah??..area mana tu,en?”
“Tanjung Api,dengan dua orang lagi student. Kalau nak,saya nak gtau kat HR dia ni. Tapi takde elaunlah.” Aku terdiam sejenak,menggaru kepala yang tidak gatal.
“takpelah,en..saya amiklah..bila kena lapor diri?”
“saya call awak semula,k.” talian dimatikan.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Hampir sebulan aku terdampar di Kuantan, menjalani Industrial Placement yang berbaki dua bulan setengah lagi. Bersewakan satu bilik bersama dua orang kawan (ni bdak junior aku masa kolej) disatu bangunan yang berhadapan betul2 dengan kilang yang aku praktikal. Bersebelahan dengan bilik sewa yang didiami sekawanan lelaki (pun junior aku jgak..). kehidupan sebegini yang tak pernah aku impikan akan berlaku dalam hidupku terpaksa aku jalani…demi kau praktikal..adoii…
Bermula seawal pukul 6.00 pagi, mata yang sedikit payah untuk buka terpaksa aku lakukan kerana disini satu bilik air terpaksa kami kongsikan bersama-sama..makin tengik baunya bilamana geng2 lelaki menghisap rokok didalamnya sambil memerut. Lagi payah time kami bertiga ‘red flag’…ahakz…
Aku rindu rumah…rindu my mum…rindu semua…Aiz???... handset dicapai..
“Assalamualaikum..” aku memulakan bicara setelah talian disana diangkat. Aku tersenyum.
“Wa’alaikumussalam. Dah balik keje ke?” dia menyoal.
“a’aa,baru je sampai bilik. Aiz sihat? Tengah buat apa ni?”
“Ni hah,ngah kemas-kemas mesin ni. Dah makan?”
“belum lagi.. Aiz balik kampung tak minggu ni?”
“Ingat nak balik tapi assignment berlambak-lambak. Adda tak taknak balik ke?”
“baliklah. Wajip. Kalu tak balik Adda nak duduk ngan sapa kat sini?” aku membalas. Gila aku tak balik, dah area sini bahaya. Buatnya aku diculik ke apa,tak c Aiz ni susah. Hehehe..
“Aiz p amik,blh?”dia menyusulkan pertolongan.
“ish,xpayah. Adda boleh balik ngan bus. Dah biasa dah.” Aku menolak dengan baik.
“ala,bukan selalu. Aiz sewa kereta n petang Jumaat tu Aiz p amik,after Adda balik keje teruslah kita balik. Lama dah tak keluar ngan Adda ni.” Dia terus memujuk.
“Tengoklah dulu. Adda gtau semula. Aiz…” percakapan terhenti disitu.
“Yee,kenapa ni?”
“Takde apa-apa. Alrite, Adda nak p mandi jap. Nanti malam kita sambung semula,k. assalamualaikum.” Usai memberi salam,aku cepat-cepat menekan punat merah.
Fuuuhh… Nasib baik. Kalau tak, malu aku nak letak kat mana. Aiz.. Maafkan Adda.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Aku tidak mahu dikatakan seorang perempuan yang menggada-ngada. Aku juga tidak mahu dikatakan perempuan yang mengkontrolkan pakwenya. Itulah aku… bagi aku,selagi dia bukan hak aku, hak halal untuk hidupku,aku takkan sesekali mengkontrolkan atau cemburu apa yang dia buat. Namun jauh dilubuk sanubariku, ada sedikit ruang cemburu namun aku tetap aku… ego…
“honey..” satu ayat yang bisa menggugatkan kecemburuan aku. Terbayang-bayang dimataku tatkala mataku tertancap pada dialled dekat phone Aiz itu hari. Waktu 3:00 pagi… fuuhhh… aku cuba menyabarkan diriku agar tidak terburu-buru memberi hukuman pada Aiz. Penemuan aku dan Aiz pada petang tempoh hari yang pada mulanya ceria menjadi hambar tatkala perkataan itu muncul. Aiz yang tak tahu punca cuba membuat pelbagai bentuk bahan gurauan ntuk aku namun hanya tersenyum. Senyum sumbing.
Kriing…kriing…
“Wa’alaikumussalam..” aku menyahut salam. Aku cuba menyembunyikan gundah gulana yang sedang bermain-main.
“Adda tengah buat apa tu?”
“Tak buat apa-apa. Ni hah,key-in data. Aiz dah abiz kuliah ke?”
“Baru je abiz, ni on da way nk p café jap. Lunch. Adda jangan lupa makan tau, kan tak pasal-pasal jadi macam minggu lepas. Aiz tak suka tau Adda tak jaga makan.” Panjang lebar dia bersyarah.
“Yelah..taulah..” acuh tak acuh dariku.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Sejak kejadian tu, aku dengan Aiz sedikit dingin namun aku cuba menyembunyikan segala rasa gundah gulana itu. Aku mula mengatur satu rancangan. Bukan niat untuk menyekat kebebasan Aiz tapi aku perlukan satu kepastian. Saat itu telah pun tiba.
“Aiz, jom kita tukar handset. Nak?” Aku mulakan bicara. Air yang disedut Aiz terhenti. Dia memandangku. Matanya tidak berkelip. Penuh tanda tanya.
“Nak buat apa? Selalunya Adda tak pernah usik pun handset Aiz.”tanyanya musykil. Aku tersenyum.
“Saje. Tak boleh ke?” aku menjawab lantas mengambil handsetnya. Kami bertukar handset. Cuti dua hari membuatkan aku teruja ingin mencari kepastian. Kebetulan hari minggu itu Aiz tidak pulang ke kampung memudahkan kerjaku. Nasib baik juga kawan aku ada kat hostel, dapat juga menumpang satu malam di biliknya.
“Adda nak buat apa ni?”terus-menerus dia menanya soalan yang sama. Aku hanya mampu tersenyum.
“Alrite,Aiz. Hari dah lewat dah ni. Malam ni kita jumpa pula. Lepas Mahgrib, mai semula kat café erk.”arahku. kami bangun lantas meninggalkan café.
Tanpa berlengah-lengah, inboxnya aku buka. Tiada yang aku gambarkan, Cuma penuh ngan mesej2ku. Try dekat dialed n received call. Aku mengerutkan dahi. Gotzhaa…!!!!!!!...
“aii, honey…”aku send text walaupun tangan menggigil. Sementara menunggu, ku bersiap-sedia ntuk mandi. Beberapa minit kemudian…
“aii…honey nak p pasar malam ni dengan kawan.”aku tersentak. Sabar wahai hatiku. Aku terus layan.
Selepas solat n berdoa, keringan membingitkan telingaku.
“Adda, jom…”
“Sabarlah, Adda belum siap laie ni. Aiz tunggu jap erk.” Talian dimatikan.
Dengan perasaan yang penuh tanya n inginkan sejuta kepastian, aku melangkah dengan cool. Aku taknak hatiku yang gundah gulana ini dihidu oleh Aiz… YaAllah, andai setakat ini jodoh aku n Aiz, aku redha YaAllah. Kau tunjukkilah aku jalan yang benar.
“Assalamualaikum..”sapaku lantas duduk ditepinya.
“Aiz dah order dh. Nasi goreng kampung n air teh. Adda,bak handset.” Tangannya dihulur. Itu yang aku tungu-tungu. Handset bertukar tangan. Dia ralit berketip-ketip. Aku bangun untuk membasuh tangan.
“Adda mesej ngan sape?”tanyanya seusai aku sampai menghampirinya. Aku diam. Aku lihat mukanya sedikit gelisah.
“Aiz tanya ni…Adda mesej dengan sape?” sedikit suaranya ditinggikan. Aku memandangnya sambil tersenyum.
“Kawan..” acuh tak acuh jawapanku. Aiz ibarat ayam kehilangan anak.
“Plz,Adda… Jangan buat Aiz macam ni. Aiz tau Adda mesej ngan Atikan..?”dia meneka. Aku memandang handset. Masih tersenyum.
“Yang Aiz gelisah ni nape?”tanyaku. cuba berlagak tenang.
“Adda, Ati ni adik angkat Aiz je. Kami takde apa-apa pun.” Dia menerangkan situasi yang sebenar.
“Laa,ada Adda tanya?..dh2,jom makan. Adda dah lapar ni.” Aku mengambil makanan. Dia tetap kaku disitu.
“Ni nak makan ke tak nak ni? Kalu taknak Adda makan dulu.”
“Makanlah. Aiz takde selera.” Ujarnya, aku mengangkat bahu.
Suasana café yang sedikit bising membuatkan aku melayan perasaan sambil mengunyah nasi. Aiz masih diam. Dia memandangku tanpa berkalih. Aku tetap berlagak selamba.
“Besok Adda b’tolak pagi. Aiz ada kuliah pukul berapa?”tanyaku sebaik sahaja makanan habis. Dia still diam. Aku tersenyum.
“Aiz ni kenapa? Dengar tak Adda tanya ni?” aku mengocangkan bahunya. Dia tersentak.
“Adda tanya apa?” aku menggelengkan kepala.
“Aiz ada kuliah besok pukul berapa? Adda nk balik Kuantan dh besok. InsyaAllah, pg..”soalan yang sama diulang.
“Pukul 8.. Adda nak balik ngan apa?”tanyanya. handset masih dalam genggamannya.
“Dengan buslah..macam biasa. Kenapa??..nak anto..?”aku bertanya sambil ketawa.
“Aiz anto,blh?”
“dh..Jangan nak mengarut. Kuliah tu nk ponteng ke? Bus berlambak, Adda boleh naik bus. Suka sangat ponteng kuliah.” Aku kurang bersetuju cadangannya. Mimik mukanya berubah. Ada kekeruhan disitu.
“Aiz, kenapa ni? Have prob?” tanyaku lembut.
“Adda buat apa ngan hanset Aiz? Adda mesej ngan Ati ke?” tanyanya. Wajahnya redup. Aku diam.
“dahlah.. taknak bincang hal ni. Apa-apa pun Adda minta maaf atas ketelanjuran mesej ngan Ati tanpa pengetahuan Aiz. Dhlah, jom naik. Adda nak buat keje sikit ni. Besok nak balik dh.” Aku bangun. Dia mash disitu.
“Adda naiklah dulu. Aiz nak jumpa kawan jap.”
Aku bangun lalu melangkah pergi meninggalkannya. Hatiku mula menangis namun aku cuba kuatkn diri. Sesuatu harus aku lakukan demi hubungan ini. Andai Aiz bukanlah jodohku, aku redha lepaskannya.
Pagi Ahad berlalu pergi. Detik demi detik berlalu. Aku mula bersiap-sedia melangkah keluar meninggalkan kampus.
“Assalamuaalaikum.” Inbox ditatap lantas aku membalas.
“Adda, Aiz anto blh?”
“Takpe, Aizkan ada kuliah. Lagipun Adda dah ada dalam bus ni.”aku cuba menipu.
“Adda, jangan camni. Ati tu adik angkat Aizlah.”
“Aiz, ada Adda tanya?..takdekan?..so,stop,k.”
“hmm…Adda sampai nanti gtau Aiz,k..jaga diri…”
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Assalamualaikum…” aku memberi salam tatkala panggilan disambut.
“Wa’alaikumussalam…Adda, ada apa?”
“Zal, Adda nk minta tolong ni,boleh?” aku bertanya dengan sedikit tergagap.
“Minta tolong apa tu?..macam tak biasa ngan Zal ni. InsyaAllah, kalu Zal boleh tolong, Zal tolong. Apa dia?” tanyanya.
“Camni… Rabu malam Zal free tak?”
“Rabu malam??.. rasanya Zal free.. nape erk?”
“Camni, Adda nak ajak Zal temankan Adda p stu tempat ni,blh?.. Nak jumpa sorang kawan lama..”terangku sepatah demi sepatah.
“Oooo… alrite,takde hal. Pukul berapa?” jawapannya membuatkan aku menarik nafas lega.
“After Maghrib,boleh?.. Adda tunggu kat bawah bngunan ni.”
“Alrite.. Zal mesej nanti,k..”
“Terima kasih banyak2,Zal. Malu pula minta tolong Zal.”
“Ish,macam kita baru kenal kelmarin. Nak malu apanya??..dah2,apa2 hal mesej semula,k.”
“Alrite..” talian dimatikan. Fuuh,nasib ada sorg kawan duduk area Kuantan. Kalu tak,meraba-raba aku nak cari someone ntuk tolong aku.
“Assalamualaikum.. Aiz,Adda nak kite buat sementara waktu jangan contact. Plz,tunaikan permintaan Adda untuk kali ni. Aiz jaga diri. Study elok2. jangan nakal-nakal..” dengan terketar-ketar,aku memicit punat send. Beberapa minit kemudian kedengaran tarian dari handset. Aku hanya mampu memandang kosong.
Maafkan aku,Aiz. Adda takde niat untuk semua ini. Adda perlukan satu kepastian. Andai Aiz hak org, Adda akan lepaskan Aiz. Demi Allah, aku mula menyayangi insan yang bernama Aiz ini… Namun aku cuba menyembunyikan fakta dan hakikat yang sebenar.
YaAllah, apakah ini pengakhiran pertemuan dan jodoh kami?...
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Berpuluh-puluh missed call memenuhi skrin handsetku. 11 mesej didalam inbox. Semua dari Aiz. Aku cuba kuatkan diri. Lantas sekeping kertas dari dompet aku dibuka. Satu nombor asing aku hafal.
“Assalamualaikum..” sending. Lama kutunggu.
“Wkmslm..”balas nombor asing itu.
“Boleh kita jumpa?”
“Sape ni?”
“Kawan lama awak. Boleh kita jumpa? Jangan takut, saya tak makan orang. Boleh kita jumpa?”
“err…boleh..tapi ni sape?”
“takpe,nanti awak akan taulah sape saya. Alrite,suggestkn kat mana saya blh jumpa awak?’ sending.
“Kalu kat Kuantan Prade,boleh?” aku tersenyum. Jerat dah mengena.
“Alrite. Rabu malam,boleh?”
“Boleh.”
Finally, aku berjaya untuk langkah pertama. Dua hari berlalu. Aku amat merindui Aiz. Apa khabarkah dia?... Namun aku cuba kuatkan diri. Lusa adalah pertemuan kami untuk satu kepastian. YaAllah,bantulah aku.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
“Zal ada kat mana?” tanyaku setelah menyiapkan diri. Nasib baik kawan2 umah aku tak tanya banyak. Kalu tak,naik jenuh juga nk citer satu persatu.
“On da way ni. Adda tunggu jap erk.”dia membalas.
“Adda balik pukul berapa?” tanya kawanku setelah handset dimatikan. Aku menoleh.
“InsyaAllah, pukul 10 Adda pulanglah.” Kawanku mengangguk. Aku mencari kasut lantas mengunci pntu dari luar. Sudah menjadi rutin kami kalu ada sesiapa dari kami yang keluar, akan dikunci dari luar. Sini tak boleh diduga. Macam-macam boleh berlaku. Aku melangkah laju. Zal sudah tiba.
“Adda nak p mana ni?”tanya Zal sebaik pintu dibuka.
“Kita p Kuantan Prade,boleh?”arahku. Zal mengangguk. Gear dimasukkan. Kereta Hondanya meluncur laju.
Dari jauh kulihat 4 orang remaja sedang duduk bersantai berhampiran Kuantan Prade. Mataku melilau2 mencari seseorang.
“Awak kat mana?”tanyaku. pintu kereta dibuka. Langkahku perlahan. Tidak seiring dengan dugupan jantungku yang semakin laju. Orang yang aku ingin jumpa ni adalah perempuan yang langsung tak kukenal wajahnya. Lantas dengan berani aku menghampiri sekumpulan remaja itu.
“Maaf.. Sape Ati?” tanyaku sebaik mengdekati mereka. Serentak itu, mereka memandangku. Tajam.
“Saya..” aku tersenyum.
“Boleh kita bercakap sebentar?” ujarku dengan penuh kelembutan. Cheewaah… Dia bangun lalu meninggalkan kawan2nya. Kami duduk disatu sudut.
“Akak ni sape?” tanyanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas parker itu. Aku tersenyum.
“Ati memang tak kenal akak tapi Ati jangan takut. Akak Cuma nak dapatkan satu kepastian. Hmmm…” aku cuba menerangkan tujuan kehadiranku.
“Ati kenal budak lelaki yang bernama Aiz?” tanyaku.
“Aiz??”..dahinya kulihat sedikit berkerut.
“Yup,Aiz. Student yang belajar dkt Kemaman.”terangku. lantas dia menggangguk.
“Dia pakwe Ati?” budak itu menggelengkan kepala.
“Ati,akak datang bukan nak cari gaduh or apa2 cuma akak nak satu kepastian. Andai Aiz tu hak Ati,jujurlah gtau n akak lepaskan dia. Amik hak orang bukan sifat akak. Lagi satu untuk bergaduh kerana lelaki pun bukan sifat akak. Apa yang hak,akak akan kembalikan semula. Akak taknak dikatakan perampas.”terangku jujur. Dia tunduk. Aku menunggu satu jawapan darinya. YaAllah… lama aku menunggu membuatkan aku menjd serba tak kena.
“Akak, kami memang kenal sudah agak lama tapi Aiz tu bukan pakwe Ati. Walaupun kami pernah keluar bersama tapi kami bukan pasangan kekasih. Dia tu abang angkat Ati.” Budak itu memandang wajahku. Aku tersenyum.
“Camnilah,Ati ngan dia dh lama kenalkan. Akak minta maaf andai kehadiran akak menganggu hubungan kamu berdua. Alrite, lepas ni kita tutup citer ni. Akak pun dah dgr dr mulut Ati sndiri. Akak akan bagi semula hak Ati,k..” hatiku ingin menangis. Mutiara yang indah aku cuba tahan dari gugur didepan budak hingusan ini.
“Apa-apa pun terima kasihlah kerana sdi luangkan masa untuk akak. Alrite..Assalamuaalaikum..” tangan dihulurkan. Aku mempercepatkan langkah.
“Alrite,Zal. Jom kita balik.”seperti bos mengarahkan pemandunya. Kereta meluncur laju.
“Adda ok?” tanya Zal setelah diam seketika. Aku memandangnya sambil tersenyum. Kepala diangguk.
“Sape budak tu?” Dia kembali bertanya.
“Kawan lama. Dah lama tak jumpa.” Aku cuba menyembunyikan fakta yang sebenar. Zal hanya mengangguk, aku tahu dia ingin menyoal lagi namun tingkahku menghalangnya dari berbuat begitu.
“Zal,terima kasih banyak2. Adda tak tahu nak balas cmna.”
“Ala, Adda. Macam tak kenal Zal. Dh2, p naik. Dh lewat malam ni.” Dia tersenyum.
Handset yang dari petang tadi off, ku on kan balik. Banyak missed call n msj membanjiri kotak masukku. Aku mengerutkan dahi. Aku lantas menuju ke bilik air, mengambil wuduk lalu solat Isya’ aku tunaikan. Kawan2 lain sudah pun tido. Seusai solat dan berdoa, handset mula bising. Aku merenung sejenak empunya nama diskrin. Dengan berhati-hati aku menekan punat hijau.
“Assalamualaikum..” sudah lama aku tak dengar suara ini. Aku diam seketika.
“Adda…” suara itu cuba memanggil.
“Wa’alaikumussalam. Yee,saya.”aku membalas. Kesebakkan cuba aku atasi. Aku taknak perjumpaan aku dengan Ati diketahuinya namun segala2nya Allah telah pun merencanakannya.
“Adda p jumpa Ati ke?” tanyanya dengan lembut. Aku diam.
“Aiz tanya ni. Adda p jumpa Ati ke?”kali ini nadanya lebih tegas.
“Yup, Adda jumpa dia. Aiz,maafkan Adda. Camnilah,Adda dah pun gtau dia yang Adda akan lepaskan Aiz walaupun pada dasarnya Aiz yang mulakan dulu hubungan ini. Adda tak mahu dikatakan perampas hak orang. Itu bukan diri Adda. Maafkan Adda. Plz.. don’t disturb me again.” Dengan keadaan yang berbelah bahagi, aku cuba menguatkan diri. Memberi satu keputusan yang aku sendiri tidak pasti.
“Apa Adda cakap ni??...Jangan nak mengarut..dah2,next week Aiz nak kita jumpa sekali ngan Ati. Selama Adda minta masa, Aiz cuba melawan perasaan sakit. Aiz bagi Adda peluang untuk keseorangan. Apa lagi yang Adda nak??...Apa yang Aiz tak lakukan untuk Adda??..Jahat sangat ke Aiz ni dimata Adda. Ati tu hanyalah adik angkat Aiz. Tak lebih. Adda hak Aiz dan jangan nak buat keje gila lagi.” Tegasnya dalam nada menahan sebak. Aku hanya mampu diam. Aku kelu sejuta bahasa.