Sidang Meteor

Friday, June 4, 2010

Zionis Makin Melampau..


BERIBU-ribu penduduk Turki menyembahyangkan jenazah aktivis misi bantuan Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas komando Israel di perairan antarabangsa, dekat Palestin, Isnin lalu.

Subhanallah... kekejaman Israel makin terbukti... tak kira tempat n xkira siapa...
dunia sekarang bersatu, berpadu ntuk menentang kekejaman Zionis Yahudi nie...
ape yg kite nk gelarkan pade meke2 yg langsung tiada hati perut nie??..

YaAllah Ya Tuhanku, Engkau ynag menjdi langit & bumi.. Engkau Yang Menguasai Hari pembalasan.. Lindungilah saudar2ku d sana.. Lindungilah sahabat2 ku d sana.. hapuskan tentera Yahudi sepertimana Engkau hapuskan tentera b'gajah Abrahah dahulu...

wahai kwn2ku, marilah kite sama2 berdoa agar kawan2 kite selamat d sana..
berganding bahu menentang Yahudi Laknatullah....

ALLAHUAKBAR....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


post signature

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Malaysia dan dari negara lain yang berada atas kapal Mavi Marmara yakin serangan tentera Israel terhadap kapal itu Ahad lalu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 aktivis sebagai satu serangan dan pembunuhan terancang.

Dakwaan itu berdasarkan serangan menggunakan peluru hidup tanpa amaran, kehadiran dua helikopter berlegar-legar di ruang udara berhampiran kapal seawal jam 2 pagi dan serangan awal pagi ketika aktivis Islam sedang menunaikan solat Subuh.

Ketua Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza bersama sembilan rakyat Malaysia, berkata apabila tentera Israel menggunakan peluru hidup, ia bermakna mereka berniat untuk membunuh aktivis.
“Jika hanya mahu menawan kapal, tidak perlu guna peluru hidup kerana kami tidak bersenjata. Serangan awal pagi ketika aktivis Islam menunaikan solat Subuh menguatkan lagi teori itu.

“Jika mahu memeriksa kapal, mereka sepatutnya memberi amaran dan memperkenalkan diri dulu. Jika betul ada amaran, kami akan memberhentikan kapal kerana aktivis tidak sekali-kali ingkar arahan pihak berkuasa jika diarah menyerah diri.

“Tiada sebab kami mahu melawan kerana kapal tidak membawa senjata api, sebaliknya hanya bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi di Jordan, semalam.

Pandangan beliau disokong aktivis negara lain, Mattias Gardell dan Henning Mankell, kedua-duanya dari Sweden yang turut menuduh Israel merancang untuk melakukan pembunuhan di atas kapal berkenaan.
“Kami ialah saksi kepada pembunuhan terancang,” kata Mattias yang juga pakar sejarah. Beliau berada atas Mavi Marmara bersama isterinya yang juga sejarawan, Edda Manga.

“Ini adalah serangan tentera terhadap misi bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.

“Adalah mengejutkan Israel bertindak di luar batasan. Ramai penumpang kapal menganggap komando Israel akan membunuh semua orang. Mereka ketakutan.

“Amat pelik jika ada orang anggap tidak perlu pertahankan diri. Adakah anda patut duduk saja dan kata bunuh saya,” katanya kepada radio awam sejurus tiba di Istanbul, Turki bersama hampir 500 aktivis yang dipetik oleh agensi berita AFP.

Henning, penulis cerita jenayah terkenal Sweden yang berada atas kapal lain pula menyifatkan tindakan Israel itu adalah pelanunan di laut antarabangsa.

Sementara itu, Bulent Yildirm, ketua badan kebajikan Islam Turki yang mengetuai kempen memecahkan sekatan Israel terhadap Gaza, mendakwa askar Israel membunuh aktivis secara rambang apabila memasuki Mavi Marmara yang mengetuai enam kapal lain bagi membawa bantuan ke Gaza.

Seorang lagi sukarelawan Malaysia yang juga Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, berkata jika tentera Yahudi mahu menyekat kapal itu daripada meneruskan pelayaran, mengapa perlu melepaskan tembakan rambang termasuk menggunakan peluru hidup.

Beliau berkata, tentera Israel tidak harus bertindak kejam sehingga perlu melepaskan tembakan ke arah sukarelawan, sebaliknya boleh memikirkan cara lain untuk mendesak mereka menyerah diri.

“Saya menyaksikan sendiri bagaimana tentera Israel menembak tepat ke arah dahi seorang sukarelawan dari Turki sehingga otaknya terkeluar. Mereka juga menembak seorang petugas media dari Indonesia dan peluru terkena dada hanya kerana dia mahu merakamkan gambar kekejaman tentera Yahudi atas kapal,” katanya.

Wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin, Al Hami Husain Suhaimi pula yakin ia adalah serangan terancang untuk menawan Mavi Marmara berdasarkan pengawasan tentera Israel terhadap kapal itu sejak jam 2 pagi.

Beliau berkata, sebelum serangan jam 4.30 pagi, dua helikopter berlegar di ruang udara berhampiran kapal seolah-oleh menunggu masa sesuai untuk menyerang.
“Kami menjangkakan selepas solat Subuh dan bersarapan, kapal mula menghampiri Gaza dan meminta kebenaran untuk memasuki wilayah itu.

“Israel lebih awal bertindak. Selain kapal diekori tentera menaiki dua bot laju yang cuba menaiki kapal, mereka menembak dengan peluru asap untuk memudahkan pergerakan. Semua tindakan itu menggambarkan serangan dibuat secara terancang untuk menawan kapal kami,” katanya.

4 MeTeoR:

NAZ said...

hati sakit membaca. INSYAALLAH

Anonymous said...

mereka memang kejam!

El-Zaffril said...

Aku benci Israel..

ruby said...

laknatullah meke..kite doakan sahabat2 kite d sana...

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!