Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan 'menahan' Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu. Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentiasa mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilakukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda. Seterusnya, cari siapa yang boleh support anda!!
Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!
"ALLAH tidak memberati seseorang dengan apa yang terdaya olehnya"
Sidang Meteor
Tuesday, March 17, 2009
Move On..
Related Posts:
Walaupun Seketika....Walau Seketika..aku tetap bangun...Walau Seketika..aku tetap redah..Walau Seketika..aku tetap harungi...Walau Seketika...aku tetap membara..Walau Seketika...aku tetap tabah..Walau Seketika..aku xkan pejam..Walau Seketika...ak… Read More
Bilamana...................Bilamana kite sakit,Dia sihatkan kite....Bilamana kite terlena,Dia sedarkan kite...Bilamana kite terkatup,Dia bukakan kite....Bilamana kite tersungkur,Dia pimpin kite...Bilamana kite tersesat,Dia tunjukkan kite...Bilamana kit… Read More
Bismillah...............hidup ini penuh ngan cubaan & dugaan... kadang2 bile kite gembira sangat, menangis akan menunggu kite d hadapan... manusia termasuk aku, kadang2 lupa pd P'cipta time senang... hawa nafsu bertalu2 menyuruh 'memuliakn' hal2… Read More
duit oh duit....DUIT...........perkataan yang amat popular dewasa ini...kerana DUIT, manusia sanggup melakukan ape sahaja..tak kira halal ke haram...janji DUIT masuk...kite b'kerja mencari rezeki...tungangbalik kite melakukan sesuatu kerja i… Read More
Demi.................. Demi matahari dan sinarnya di pagi hariDemi bulan apabila ia mengiringiDemi siang hari bila menampakkan dirinyaDemi malam apabila ia menutupiDemi langit beserta seluruh binaannyaDemi bumi serta yang ada di hamparannyaDemi ji… Read More
0 MeTeoR:
Post a Comment