Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Meteor Garden Selamat Datang!
Anda pernah singgah di blog METEOR GARDEN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Sidang Meteor

Thursday, April 2, 2009

Keinsafan di Penghujung Usia

Kesilapan dan kealfaan pada masa silam meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seorang insan yang bergelar Muslim. Jika segala maksiat dan dosa dilakukan melebihi kebaikan dan amalannya, maka balasan akhirat adalah seksaan yang sangat pedih. Noda dan titik hitam telah menyelubungi seluruh penjuru hati sehingga tertutup untuk menerima kebenaran dan bimbingan dari orang lain. Seandainya ini yang terjadi, manakala usia telah senja, maka ia tergolong insan yang sangat dan amat rugi.

Titisan airmata yang gugur dengan penuh kekesalan dan kehinaan dengan pengharapan memohonan keampunan dari Ya Rabbi adalah titisan yang amat bererti bagi insan yang bergelar Muslim. Menangislah.. menangislah seandainya dosa-dosa kita penuh dengan debu-debu kehitaman yang pekat. Airmata yang kotor akan menjadi jernih sekiranya pengharapan kita tulus ikhlas. Percayalah, ALLAH SWT takkan mensia-siakan taubat kita dan DIA akan pandu serta bimbing kita untuk terus melangkah ke jalan yang lurus. Menangislah atas ketelanjuran kita. Menangislah atas segal dosa-dosa kita. Cukuplah ALLAH SWT sebagai pelindung kita. DIAlah cinta hakiki kita yang takkan sesekali mengecewakan kita. Carilah DIA..

aku terus bertatih.. aku terus berjalan.. aku terus mencari.. aku sedar.. aku akui.. aku hanyalah penggembara yang hanya sekejap cuma diatas dunia ni.. kain putih yang sentiasaku lihat rupanya sudah pun menungguku tapi aku tidak tahu bile.. hatiku berdetak,meronta-ronta.. aku tak kuat lagi untuk hadapi semua ni.. aku takut.. dosa-dosa aku banyak lagi.. sempat ke aku..??.. usia aku makin merangkak-rangkak..


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah maha Pemberi (kurnia).."

Kembalilah kepada ALLAH SWT dan bersujudlah kepada-NYA dengan hati yang khusyuk dan taubat yang ikhlas. Semoga di penghujung usia kita masih memperolehi dan mendapat bimbingan daripada RABBI........


Related Posts:

  • Janji Kita Happy...hidup ini akan jadi indah kalu kita sentiasa memaafkan orang yang buat salah kat kite... hidup ini akan sentiasa bererti seandainye ALLAH jd matlamat kita... hidup ini juga akan indah kalu kita sentiasa senyum tatkala hati d … Read More
  • Baru Aku Faham...td aku ade chat ngan sorg kwn aku..lame dah tak chat,tanye kabor... sembang itu ini.. terkeluarlah kisah2 lama...dari ape yg aku sembang ngan mmber aku ni,aku tersandar memikir ngan lebih mendalam laei.. n trus berfikir..skan… Read More
  • -SeLaMaT PaGi ChEnTa-hmm... ape kena mengena tajuk d atas ngan N3 aku kali nie???... pelik tul.. sebetul2nya this today i wake up very2 awal... hohohoo... sekala lepas solat subuh aku cntinue sleep balik... ntah angin ape yg melanda diri aku nie.… Read More
  • My Spek's...hmm, ntah ape2 r yg melanda spek aku ni... dh 3 mnggu dh spek aku 'sakit'... patah tu bai... uwaaa... nak beki gane, sen xde.. kurang wei.. sian lak spek aku ni..kaulah harapanku, cepatlah sembuh... sabarlah,sis... elaun masu… Read More
  • Aku Yang Kebluran........fuuhhh... penat seh, seharian ari ni aku kuor town.. bermulanye destinasi aku p kat KSB ntuk jmpa mmber.. bg resume ntuk my practcal nnti... pastu p kedai dobi, amik baju yg aku anto kelmarin... (dasar pemalas ko,ruby..!!!!..… Read More

1 MeTeoR:

lailafillah said...

salam..percayalah dan yakinlah..Allah Maha Pengampun..

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!