bersyukur pada Rabbi kerana memberi kite satu lagi peluang ntuk membaiki
diri yang penuh dengan dosa & noda ini. Andainya kite berjumpa & bersua lagi
pasti membangkitkan nafsu & syaitan akan melonjak kegembiraan. Nauzubillah. Tapi ketahuilah
aku tetap menyintaimu.
Masih aku ingat first date kite. Aku terkesima dan kau ku lihat telah mengetarkan
naluriku sebagai wanita tatkala matamu memmandang kearahku tanpa berkelip. Dan aku masih
ingat tatkala first date itu jugalah, kita sembang-sembang & tanpa disedari kau dengan
tanpa segan silu memegang erat tanganku. Aku tersentak & terkejut dengan tindakanmu itu sebab selama aku hidup takde sorang pun lelaki yang berani memegang tanganku namun aku tetap sambut eratan tu namun kau tahu apa yang aku rase dihati??... Ketahuilah jauh disudut hati kecilku menjerit2 mengatakan 'oh,alangkah indahnya seandainya tanganku ini kau pegang tatkala aku mencium tanganmu untuk membatalkan air sembahyangmu'. Dan first date kite berlalu dengan seronok dan amat gembiraku rasakan. Kau menghantarku pulang ketika saat Maghrib sudah menjenguk ke Isya' dan aku melambai tangan tanda selamat tinggal dan ucapan terima kasih atas hari yang istimewa ini.
Malam itu mataku berkelip-kelip, amat sukar untuk aku tido. Entah kenapa hati aku rase semacam je. Aku cuba melelapkan mataku namun tak boleh. Tapi tiap kali aku melelapkan mataku, seakan-akan ade sesuatu yang menghempap badanku. Amat berat sekali dan nafasku seakan-akan tersekat. Bila aku buka mata, aku lihat sekeliling bilikku. Astagfirullah, petanda apakah ini???.. Bermacam-macam soalan yang bermain-main diruang minda aku. Dan benda ini seringkali menghantuiku. Tapi aku taknak memberitahumu kerana aku taknak kau risau. Dan ia terus berlalu. Dan hinggalah malam sebelum beberapa ari aniversary kite ntuk setahun, aku dilanda satu mimpi dimana tubuhmu ku lihat penuh dengan nanah-nanah yang amat busuk dan kulihat tanganmu serta matamu sedang dimamah sesuatu. Ingin aku mendekatimu tapi kakiku amat berat sekali. Kau memandang kearahku, wajahmu penuh dengan tangisan dan simpati.
"Ummi, tolonglah abah dari belenggu yang amat meyeksakan ini. Tolong.."... Aku tak terdaya
nak menolong, aku menangis. "Kenapa ni,abah??.. Apa yang telah berlaku??.." tanya aku sambil airmataku laju meluncur. "Tolong abah,ummi".. Tersentak dengan itu, aku terkejut dari lamunan lalu tanpa disangka-sangka, mulutku laju meluncur ucapan "Astaghfirulllah... Kenapa aku tak terdaya menolong insan yang aku sayang ni."..
+ bacalah lagi...
Namun aku diam sambil tersenyum.
"ummi, bolehkah abah pegang dan kucup tangan ummi sbg tanda setianya abah pade ummi"..
aku diam lagi sambil mataku tertancap pada sebatang pokok. Aku dengar suaranya mengeluh.
"ummi, abah nak tunjukkan sesuatu. Dulu abah pernah membuat satu pembedahan dan abah nak tunjukkan pada ummi parut abah tu. Parut tu dekat belakang abah. Ummi nak lihat??..
Lalu aku berpaling dan tersenyum. Aku menggeleng dan wajahmu ku lihat sedikit ade kesan
kecewa ngan tindakanku itu. Kau bertanya "Kenapa ngan ummi ni??.. tak boleh ke tunaikan permintaan abah di hari bahagia kite ni??.. Abah bukan mintak yang lebih2 pun...!".. suara kau sedikit bergetar menahan marah. Aku senyap tapi tetap tersenyum. Lalu aku amik hadiah yang telah aku bungkuskan ngan kemas & elok sekali. Kau tersenyum. Kau tanya apa yang ade kat dalam namun aku hanya memberitahu "bile sampai umah nanti, bukaklah." Lalu aku meminta izin untuk pulang.
Kau memanggilku namun aku hanya menoleh sambil tersenyum.
Abah, ketahuilah soalan2 mu sebenarnya sudah ade jawapannya namun aku taknak kau dilanda kesedihan.
Abah, ketahuilah aku amat takut seandainya kite tak dapat duduk bersama-sama di syurga nanti.
mahukah kau begitu,sayang??..
Abah, bukan aku tak izinkan kau pegang & kucup tanganku tapi aku ingin tangan tu kita sama2
bergandingan di yaumul mahsyar.
Abah, aku taknak melihat parut-parutmu kerana ku takut kite akan diazabkan disana. Mahukah kau melihat kita diazabkan???... Mahukah kau melihat Allah murka pada kite???..
Hadiah yang aku berikan itu, masihkah kau simpan sayang??.. Aku harap senaskah Al-Quran, seutas tasbih, sejadah, kopiah, buku dan kain pelikat akan membuatkan kau lebih merindui-NYA dariku. Dan mimpi-mimpiku yang aku alami dulu telah aku sematkan dalam diriku. Aku takkan sesekali memberitahumu. Dan selepas kejadian tu dan hinggalah saat ni kite tak berjumpa lagi namun percayalah cinta ummi terhadap abah tetap bersemi serta subur bersama wangian keredhaan Allah. Andainya kita memng ditaqdirkan, pasti kita akan ditemukan jua namun seandainya tiade, aku redha dan anggap itulah perjalanan hidup kite yang hanya sementara ini. Namun jauh disudut hati kecilku, aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.
Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat… Namun seandainya Engkau memisahkankami, aku redha kerana Engkau Maha Mengetahui segala2nya...
0 MeTeoR:
Post a Comment