Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Meteor Garden Selamat Datang!
Anda pernah singgah di blog METEOR GARDEN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Sidang Meteor

Tuesday, July 3, 2012

:::Indahnya:::


Assalamualaikum...puji dan syukur pada Ilahi diatas segala nikmat yang dikurniakanNYA...Subhanallah, sungguh indah ciptaanNYAkan...???...MasyaAllah....aku masih bernafas...aku masih dapat menghirup udara yang amat nyaman...syukur pada-Mu YaAllah...Subhanallah....

bumi yang indah,luas terbentang...gunung ganang yang tinggi tegak kaku disitu...bukit bukau yang indah tersergam disitu...pepohon yang menghijau menyegarkan mata yang memandang...Subhanallah!!!!!

berbicara tentang anugerah mata...satu anugerah yang tak terhingga dari Allah S.W.T. tanpa mata,mampukah kita melihat warna??..tanpa mata,mampukah kita berlari kesana kesini??..tanpa mata,mampukah kita melakukan segala keje???...TIDAK!!!...kita takkan mampu melakukannya (selain kuasaNYA)...

disatu sudut,dihujung pintu bilik hospital itu,seorang wanita berteleku...esakannya semakin menjadi-jadi...datang seorang lelaki,memegang kedua2 bahu wanita itu..dengan pantas,kedua-dua tangan wanita itu menepis tangan lelaki itu...

"Jangan sentuh aku!! pergi kau dari sini" wanita itu menjerit tanpa menghiraukan orang sekeliling..kedua-dua tangannya meraba-raba mencari sesuatu...
lelaki itu tetap kaku disitu...dia menahan airmata dari keluar...wanita itu berusaha untuk bangun..dinding hospital dipegangnya erat...lelaki itu memegang tubuh wanita itu...

"Pergi!!!" lelaki itu tetap memegang...lantas dia memeluk tubuh wanita itu...

"Aku dah buta...!! Aku dah tak boleh lihat lagi!! Pergi!!!" lelaki memeluk tanpa kata-kata...membisu seribu bahasa...

tiga tahun sudah berlalu...satu tubuh yang kurus sedang duduk diatas bangku menghadap tasik..bercermin mata gelap ralit termenung distu...

"Puas sudah saya mencari awak...kenapa awak lakukan ini semua?" entah dari mana,tiba-tiba satu suara menyapanya...lelaki itu tersentak...dia bangun mencapai tongkatnya...dia ingin lari tapi tangannya pantas dihalang wanita itu...

"Kenapa,awak???" wanita itu menangis...dia menumbuk-numbuk dada lelaki itu namun lelaki itu hanya tersenyum...

"Kenapa awak buat semua ni?? Kenapa tidak beritahu saya??"

"Awak....saya tak sanggup melihat awak sengsara...saya tidak mahu melihat awak selalu murung...awak sedih...saya tak sanggup melihat semuanya itu.."...akhirnya lelaki itu meluahkan segala-galanya..

"Syukur,awak dah berjaya dalam hidup...awak dah dapat segala-galanya...sudahlah,hapuskanlah airmata awak..jangan menangis lagi...kerana makin awak menitiskan airmata,makin sakit perasaan saya...itulah hadiah cinta ikhlas saya kepada awak...izinkanlah saya pergi.."

bertemankan sebuah tongkat,lelaki itu kemas mengaturkan langkahnya...wanita itu mengejarnya...

 bunga itu indah andai kita pandai menjaganya...
bunga itu amat cantik kerana kita melihatnya dengan sepenuh penglihatan...
penglihatan kita ibarat bunga...
andai tercabut kelopaknya,hilanglah 'penglihatannya'...
mata ibarat penunjuk jalan kita...ntuk memilih jalan bengkok atau jalan lurus...orang buta,terang mata hatinya...orang yang melihat,tak tentu..
itulah dia...dua pasang mata...penglihatan....
dikurniakanNYA dengan penuh nikmat...

nota keyboardku:bagaimanakah bila saatnya mata kita terpejam untuk selama-lamanya????




post signature

Related Posts:

  • Terengganu...Bukan Jaguh Kampung..ahakz... ari nie 27/06/2010 Terengganu cuti... nak tau cuti sempena ape??... yess... Terengganu Juara Sukma d Melaka... buat kali ke-2 berturut... jgn ingt skuad ini jaguh kg erk.. ini dh terbukti... yeeaaahh...walaupun dh se… Read More
  • Bismillah...............hidup ini penuh ngan cubaan & dugaan... kadang2 bile kite gembira sangat, menangis akan menunggu kite d hadapan... manusia termasuk aku, kadang2 lupa pd P'cipta time senang... hawa nafsu bertalu2 menyuruh 'memuliakn' hal2… Read More
  • ......Ku Merenung......ku merenung langitbintang berkerlipanoh, indahnye ciptaan ILAHIku merenung pantaiombak menghempas pasiroh, bijaksananya TUHANku memandang pepohon hijaudedaunan meliuk lentukoh, hebatnye DIAku merenung tanahrumput menghijauoh,… Read More
  • Ku Berlindung......Dengan nama-Mu...Aku berdiri....Dengan nama-Mu...Aku tersenyum...Dengan nama-Mu...Aku tak kecewa....Dengan nama-Mu...Aku merasa tenang...Dengan nama-Mu...Aku berlindung...Dengan nama-Mu...Aku gembira...Dengan nama-Mu...Aku me… Read More
  • ALLAH @ MANUSIA...... kite dilahirkan dari setitik air mani yang bg kite bile diperhati elok2 amatlah kotor lagi menjijikkan sebab ia keluar dari lubang yang kalu orang kampung cakap macam air longkang...cube kite renung n imbau balik kelahiran … Read More

0 MeTeoR:

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!