Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada Mon, Apr 7, 2025 06:53:03 AM
Anda pernah singgah di blog METEOR GARDEN sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Sidang Meteor

Saturday, March 2, 2013

:::Batu Karang:::

post signature
Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum...bersyukur kpd Ilahi kerana kita masih laie d bekalkan oksigen ntuk terus bernafaz...walaupun aku sedikit kedemaman,namun masih laie d beri peluang...Alhamdulillah...

baru2 ini aku telah mengalami satu kesakitan yang amat sakit...hari pertama aku hanya membiorkan saja sbb bgku,ia hanyalah krna dr kesan demam yg kuat...namun masuk hari yg kedua sakit itu,air kencingku mula mengalami pendarahan...aku mula gelabah namun m'optimumkan emosi....ari ketiga juga begitu...hinggalah pada saat yg kritikal,pd malam itu,tepat 3 pagi aku terkejut ngan sendirinya dari tido...aku melangkah ke bilik air namun kesakitan makin teruk...

sampai ke hospital Kemaman,aku d ultra sound,d amik air kencing n x-ray...kemuncaknya aku d cucuk satu das...ntuk tahan sakit...hehehe...x-ray siap lalu d lihat dek doc n then....

"puan,anda ada batu karang....disebabkan inilah puan merasa sakit n air kencing berdarah..."..

ahakz...

"besar ke??"...

"bru kecil..xbsar laie...sy bg ubat p'hncur n ubat tahan sakit ya.."..aku hanya mengangguk lesu...

BATU KARANG????..

apa itu batu karang???...ahakz...lntas mlm esok itu,husband terus melayari internet ntuk mengetahui lebih lanjut tntang batu karang ini...ahakz....so...ini dia...


Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

so,makna kata suami aku cakap kena berhati2 n then ikut flow2 ini ya:




nota keyboardku:hargailah kesihatan kerana ia amat berharga...aku amat bersyukur krana d beri pengalaman ntuk aku terus m'rendahkan diri pd Yang Esa...











Related Posts:

  • ari yang.... ntah r...!!!!!!!!!!arrrgggghhh... aku geram tul r.. wireless aku dh daftar last week tapi langsung xdpt login n then pg td aku p ITTU, tanye n then... jeng... jeng... dpt gak aku main tenet ari ni... ahakz... today is Sunday, aku xde clas.. hmm… Read More
  • Hidup & Mati Hanya Untuk Rabbul Izzati...dunia yang semakin hari semakin mencabar membuatkan aku terfikir & tertanya2... ape sebenarnye tujuan aku d cipta????... ape sebenarnye aku d hidupkan??.. untuk ape sume nie????... kadang2 aku berlagak.. kadang2 aku langs… Read More
  • Ape Sume Nie????????????bile tanganku berketup ketap, maka mindaku tegas & cepat ntuk meluahkan segala2nye ape yang bermain d otak & hati aku... bile minda dan akal bersatu akan jadilah satu eksperasi yg bercampur aduk... yang kadang2 tak be… Read More
  • Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...belum terlambat laei ntuk aku ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan pada kawan2 aku & meke2 yang mengenaliku serta xlupa jua my follower... Ramadhan yang hadir mengamit sejuta pergertian & keinsafan.. aku harap Ramadhan … Read More
  • Even Very Nice... Hmm..hohoho.. meh2.. singgah sat kat N3 nie, ambe nak gtau satu benda nie.. hahahaha.. sehari sebelum Ramadhan tibe 20/08/2009, aku & da geng telah menyerbu satu tempat air terjun yang dinamakan Hutan Lipur Chemerung, yang ter… Read More

1 MeTeoR:

Her Illusionist said...

Saya pun pernah kena batu karang tapi Alhamdulillah dah sembuh. Punca saya kena batu karang ni sebab selalu tahan buang air! Huhuhu~ Moga sudah sembuh dari sakit...

*Selamat bertemu kembali :)

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!