This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.


Sidang Meteor

Monday, March 30, 2009

ku tertanya-tanya nape harusku give up??..tp...


sahabat2ku,teman2ku,saudara2ku bacalah Al-Quran..jadikanlah Al-Quran sbg guru kite..fahamilah kalam2 ALLAH SWT..kite selalu d landa musibah,ujian,dugaan dan liku2 yang kadang2nya membuat kite amat give up dan yang paling teruk adalah nak je BUNUH DIRI..janganlah kite tergolong dalam golongan yang sia2 kawan2...dalam Quran,kalu kite hayati betul2 semuanye ade jawapannya...


KENAPA AKU DIUJI???..

"Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


TAPI NAPE AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM2KAN???...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


BERATNYA UJIAN NIE???...

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)


KENAPA MESTI FRUST DAN KECEWA???...

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)


CAMNA AKU NAK HADAPI SEMUA NIE???....

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


TAPI AKU NAK BERHARAP PADA SIAPA??....

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NIE????..

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


ARRGGGGHHHHH,AKU DAH TAK TAHAN?????..........

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


KAPAN BILE HARUS AKU BEGINI????............

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


kawan2,sahabat2,saudara2...sudahlah,stand up..move on..go on...cukuplah kite berlindung bawah Ya Rabbi coz DIA takkan sia2kan kite...ujian yang datang adalah untuk uji keimanan kite..Al-Quran dah tunjuk dan terang segala2nya tentang jawapan yang bermain2 diruang legar minda kite..Islam agama yang sempurna,yang tidak menyempurnakan Islam adalah diri kita sendiri...sesungguhnya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..berserahlah pada-NYA dengan hati yang tulus dan ikhlas...


Sunday, March 29, 2009

Menghitung Dosa..

Pada suatu hari Taubah bin Sammah menghitung-hitung dirinya sendiri. Dia menyedari bahawa umurnya sudah mencapai 60 tahun, kemudian dia menghitung hari-hari yang telah ia lalui, jumlah semuanya adalah sebanyak dua puluh satu ribu lima ratus hari.
Menyedari yang demikian itu ia memekik dan berkata.. "Aduhai betapa celakanya aku, aku akan bertemu dengan Tuhanku dengan dua puluh satu ribu lima ratus dosa, dan bagaimana pula jadinya nasibku, jika sekiranya setiap hari aku melakukan sepuluh ribu dosa?"..
Selepas itu dia terjatuh pengsan dan nyata dia telah mati. Kemudian orang yang hadir melihatnya mendengar ada suara yang mengatakan :

...."Aduhai betapa bahagianya , ternyata keinsafannya itu adalah suatu loncatan ke syurga Firdaus, iaitu syurga yang paling tinggi"..

Subhanallah,kawan2...kita camna??..sudah berapa hari,minggu kita hidup??..banyak ke amalan kita??..cukupkah lagi amalan kita untuk berjumpa Pencipta kita??.. kawan2,hidup amat singkat dan berwaspadalah dengan mainan dunia...

Thursday, March 26, 2009

setelah aku memperolehi kekuatan


sakit....pedih....perit...sunyi...sepi....kosong...


6 perkataan yg dapat kuungkapkan.6 perkataan yang menggambarkan diriku pada saatku menulis.kepalakupening,berpusing-pusing macam kipas diatas siling.aku cuba mengambil novel untuk dibaca tapi mata je tertancap dibuku tapi hati n mindaku,ibarat ada perkara lain yang menanti. hatiku sangat sakit,pedih,perit,sunyi,sepi dan kosong. aku cuba mencari puncanyatapi tak jumpa. terbit pula 3 perkataan sayang, rindu dankasih. sayang pada kenangan aku dahulu, disaat bersama-samainsan yang tersayang. rindu pada sahabat-sahabat yang selamaini banyak memberi dorongan tanpa kusedari untuk meneruskan perjuangan hidup ini. rindu pada saatku kesibukan dengan pembelajaran dan paling aku rindu..rindu pada pesanan-pesanandan nasihat untuk diri ini yang sentiasa lemah dan amat lemah.


".....rabiatul,teruskanlah perjuanganmu. carilah Yang Satu. jangan kau pandang kebelakang lagi. teruskanlah langkahanmu,rabiatul..."


Subhanallah, hatiku amat lega tatkala mendengar bisikan suara kecil itu.tapi aku tetap terus dihimpit dek perasaan yang bercampur gaul ini.arghh!!!..hatiku sakit, jiwaku pedih, mindaku kosong, naluriku sepi...kenapa semua benda ini hadir tatkala aku keseorangan??...tatkala tiada sesiapa disisi...aku bingung..aku menyandar badanku di kerusi sambil memicit-micit kepalaku yang sedikit berdenyut..tanpa sedar,pipiku seakan basah..aku meraba-raba mataku..Subhanallah,aku menangis rupanya..airmataku mengalir dengan laju sekali dan aku menangis semahu2nya..aku adalah hamba Allah yangpaling hina sekali,menangis memohon keampunan dari Allah..aku mengadu pada-NYA..mutiaraku makinlebat menyinggah ke pipiku..YaAllah...........


"......rabiatul,Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Bersyukurlah kerana kau terpilihuntuk sedar lebih cepat sebelum kau pejam mata.teruskan langkahanmu,rabiatul.gunakanlah akal yang ada,pandang dengan mata hati,berfikir dulu sebelum melakukan apa2...."


"....tp aku takut bila tiba masanya nanti,masa yang menentukan diri bagi menetapkan janjitemu dengan YARABBI aku tersimpang dari jalan yang terbentang..."


"...jgn bimbang n takut. istiqomahkanlah dalam dirimu,berpegang teguhlah pada tali Allah.redhailah segala2nyaapa yg telah terjadi.bangkit,rabiatul..bangun,rabiatul..hulurkan tanganmu agar engkau tak keseorangan..DIA takkan sia2kan hambaNYA yg benar2 n ikhlas bertaubat. InsyaAllah,perjalananmu akan lebih bererti jika engkau terus berpegang dan bertawakal pada YANG MAHA ESA...."


aku menyeka airmataku. sekuntum senyuman kuukir. mataku cerah kembali. tak gelap lagi,makin cerah..YAALLAH,aku sujud padamu..


Aku bangkit kembali daripada kejatuhandan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi
Aku mahu terus berdiri dan berlari dalam memperjuangkan Islam


Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini
Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan


"..YaAllah,sekiranya aku banyak berdosa tak kira sengaja atau tak sengaja,Engkau ampunkanlah daku. dosaku yang amat tinggi ini. YaAllah,sekiranya aku terlena lagi, Engkau sedarkanlah akudari terus terlena. YaAllah,sekiranya aku terleka lagi,bantulah daku agar dapat cepat-cepat sedar yang aku hanyalah hamba-Mu yang hina lg dina..ampunkanlah dosaku,YaAllah,ibubapaku,keluargakusahabat2ku serta saudara2ku..kami hanyalah seorang insan yang bernama hamba yang dipinjamkan kedunia niuntuk menjadi khalifah agar mentadbir dunia ngan sempurna tapi kami semua terleka,sombong,ego,bodoh,tak bersyukur.YaAllah,berilah aku satu kekuatan agar aku dapat meneruskan kehidupan atas dunia ni yang penuh pancarobadan tipu daya ini.janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberiku taufik dan hidayah...syukran YaRabbi kerana cepat-cepat menyedarkanku..moga aku bahagia n aman ngan CINTAMU YARABBI..."
myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!