aku bersyukur pada Rabbi kerana kita sudah lama tak berjumpa. Aku juga
bersyukur pada Rabbi kerana memberi kite satu lagi peluang ntuk membaiki
diri yang penuh dengan dosa & noda ini. Andainya kite berjumpa & bersua lagi
pasti membangkitkan nafsu & syaitan akan melonjak kegembiraan. Nauzubillah. Tapi ketahuilah
aku tetap menyintaimu.
Masih aku ingat first date kite. Aku terkesima dan kau ku lihat telah mengetarkan
naluriku sebagai wanita tatkala matamu memmandang kearahku tanpa berkelip. Dan aku masih
ingat tatkala first date itu jugalah, kita sembang-sembang & tanpa disedari kau dengan
tanpa segan silu memegang erat tanganku. Aku tersentak & terkejut dengan tindakanmu itu sebab selama aku hidup takde sorang pun lelaki yang berani memegang tanganku namun aku tetap sambut eratan tu namun kau tahu apa yang aku rase dihati??... Ketahuilah jauh disudut hati kecilku menjerit2 mengatakan
'oh,alangkah indahnya seandainya tanganku ini kau pegang tatkala aku mencium tanganmu untuk membatalkan air sembahyangmu'. Dan first date kite berlalu dengan seronok dan amat gembiraku rasakan. Kau menghantarku pulang ketika saat Maghrib sudah menjenguk ke Isya' dan aku melambai tangan tanda selamat tinggal dan ucapan terima kasih atas hari yang istimewa ini.
Malam itu mataku berkelip-kelip, amat sukar untuk aku tido. Entah kenapa hati aku rase semacam je. Aku cuba melelapkan mataku namun tak boleh. Tapi tiap kali aku melelapkan mataku, seakan-akan ade sesuatu yang menghempap badanku. Amat berat sekali dan nafasku seakan-akan tersekat. Bila aku buka mata, aku lihat sekeliling bilikku. Astagfirullah, petanda apakah ini???.. Bermacam-macam soalan yang bermain-main diruang minda aku. Dan benda ini seringkali menghantuiku. Tapi aku taknak memberitahumu kerana aku taknak kau risau. Dan ia terus berlalu. Dan hinggalah malam sebelum beberapa ari aniversary kite ntuk setahun, aku dilanda satu mimpi dimana tubuhmu ku lihat penuh dengan nanah-nanah yang amat busuk dan kulihat tanganmu serta matamu sedang dimamah sesuatu. Ingin aku mendekatimu tapi kakiku amat berat sekali. Kau memandang kearahku, wajahmu penuh dengan tangisan dan simpati.
"Ummi, tolonglah abah dari belenggu yang amat meyeksakan ini. Tolong.."... Aku tak terdaya
nak menolong, aku menangis.
"Kenapa ni,abah??.. Apa yang telah berlaku??.." tanya aku sambil airmataku laju meluncur.
"Tolong abah,ummi".. Tersentak dengan itu, aku terkejut dari lamunan lalu tanpa disangka-sangka, mulutku laju meluncur ucapan
"Astaghfirulllah... Kenapa aku tak terdaya menolong insan yang aku sayang ni."..+ bacalah lagi...
Allah juga menghendaki manusia menjadi khalifah yang berperanan mentadbir, mengatur dan membangunkan dunia mengikut saluran ajaran Islam yang suci. Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Menjadi khalifah satu tanggungjawab atau amanah sangat besar dan berat. Lantaran itu makhluk lain tidak sanggup memikulnya. Al-Quran menceritakan yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah al-Ahzab, ayat 72)
Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, Allah melengkapkan manusia dengan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu membolehkan manusia menguruskan alam. Mengambil manfaat daripada kejadian langit, bumi, lautan dan pada masa sama mentadbir umat manusia supaya berakhlak mulia, mengejar kemajuan, membina tamadun serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu menepati ciri hamba yang taat dan bertakwa.
Namun, realitinya umat Islam hari ini belum dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah kerana cara hidup, fizikal dan mental mereka berdegup mengikut hawa nafsu serta dipimpin kuasa budaya Barat. Ini gambaran yang mendukacitakan, betapa lemahnya umat Islam kini gara-gara ketinggalan dalam penguasaan ilmu. Sehingga senang ditindas dan dihina serta diperlakukan sebagai manusia tidak bertamadun oleh musuh.
Sememangnya keadaan itu sudah diduga sejak awal iaitu jika umat Islam tidak mempersiapkan diri dengan ilmu. Lantaran itu Rasulullah SAW secara tegas mewajibkan setiap Muslim menuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan sejagat.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami ciptakan besi (dan perak, emas, tembaga, minyak dan lain-lain) yang padanya ada kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia (untuk diolah) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama-Nya (Islam) dan Rasul padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah al-Hadid, ayat 25)
Apabila manusia rajin bekerja dan istiqamah berusaha menegakkan ibadat, bermakna sudah menepati tujuan penciptaannya supaya menjadi khalifah yang bijak memakmurkan bumi ini. Firman Allah bermaksud: "Dialah yang menciptakan kamu daripada bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya (menghuni dan mengolah hasil bumi untuk kesejahteraan umat manusia)." (Suraj al-Hadid, ayat 61)
Pengertian pemakmur dalam ayat tadi ialah kepakaran dan kemampuan manusia membangunkan bumi menerusi usaha dalam pertanian, perindustrian, memajukan taraf hidup serta menghindari perkara yang boleh merosakkan alam ini berdasarkan ilmu yang benar.
Manusia yang dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan baik mengikut syariat Islam, tentu mulia di sisi Allah. Sesungguhnya manusia memikul tanggungjawab sebagai khalifah adalah ujian Allah mengukur sejauh mana ketaatan dan keimanan. Jika dijalankan tugas itu dengan baik, diberi ganjaran di akhirat dan begitu juga sebaliknya kerana tidak menunaikan tanggungjawab seperti mengkhianati amanah yang diberi.
Firman Allah bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana hendak menguji kamu pada apa yang sudah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am, ayat 165)
Sepanjang hidup kita sebagai umat Islam perlu berlumba-lumba mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dengan usaha menepati ciri umat Nabi Muhammad yang diakui Allah sebagai umat terbaik.