This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.


Sidang Meteor

Monday, April 27, 2009

Manusia digalak bangunkan bumi menerusi usaha berfaedah, bukan bawa kehancuran

MUSLIM yang selalu mengharap rahmat dan keredaan Allah akan menyedari serta mengerti siapa dirinya dan untuk apa diciptakan di dunia ini. Jelas diberitahu dalam al-Quran manusia diwujudkan semata-mata untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah yang selalu beribadat kepada-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 58)

Tidak dinafikan sebilangan besar umat Islam yang hanya memahami istilah ibadat itu tertumpu kepada amalan ibadat khusus dan fardu ain seperti solat, zakat dan haji.

Sementara soal selain itu seperti bercucuk tanam, bertukang, belajar ilmu kedoktoran dan mendalami selok-belok pertanian dianggap tiada kaitan dengan ibadat. Fahaman itu tidak menepati maksud ibadat sebenar mengikut pandangan Islam.

Ibadat ialah melakukan sesuatu pekerjaan atau kegiatan dengan ikhlas kerana Allah sama ada ibadat umum atau khusus.

+fahamilah ia...

Allah juga menghendaki manusia menjadi khalifah yang berperanan mentadbir, mengatur dan membangunkan dunia mengikut saluran ajaran Islam yang suci. Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Menjadi khalifah satu tanggungjawab atau amanah sangat besar dan berat. Lantaran itu makhluk lain tidak sanggup memikulnya. Al-Quran menceritakan yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah al-Ahzab, ayat 72)

Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, Allah melengkapkan manusia dengan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu membolehkan manusia menguruskan alam. Mengambil manfaat daripada kejadian langit, bumi, lautan dan pada masa sama mentadbir umat manusia supaya berakhlak mulia, mengejar kemajuan, membina tamadun serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu menepati ciri hamba yang taat dan bertakwa.

Namun, realitinya umat Islam hari ini belum dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah kerana cara hidup, fizikal dan mental mereka berdegup mengikut hawa nafsu serta dipimpin kuasa budaya Barat. Ini gambaran yang mendukacitakan, betapa lemahnya umat Islam kini gara-gara ketinggalan dalam penguasaan ilmu. Sehingga senang ditindas dan dihina serta diperlakukan sebagai manusia tidak bertamadun oleh musuh.

Sememangnya keadaan itu sudah diduga sejak awal iaitu jika umat Islam tidak mempersiapkan diri dengan ilmu. Lantaran itu Rasulullah SAW secara tegas mewajibkan setiap Muslim menuntut ilmu supaya dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan sejagat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami ciptakan besi (dan perak, emas, tembaga, minyak dan lain-lain) yang padanya ada kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia (untuk diolah) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama-Nya (Islam) dan Rasul padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah al-Hadid, ayat 25)

Apabila manusia rajin bekerja dan istiqamah berusaha menegakkan ibadat, bermakna sudah menepati tujuan penciptaannya supaya menjadi khalifah yang bijak memakmurkan bumi ini. Firman Allah bermaksud: "Dialah yang menciptakan kamu daripada bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya (menghuni dan mengolah hasil bumi untuk kesejahteraan umat manusia)." (Suraj al-Hadid, ayat 61)

Pengertian pemakmur dalam ayat tadi ialah kepakaran dan kemampuan manusia membangunkan bumi menerusi usaha dalam pertanian, perindustrian, memajukan taraf hidup serta menghindari perkara yang boleh merosakkan alam ini berdasarkan ilmu yang benar.

Manusia yang dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah di bumi dengan baik mengikut syariat Islam, tentu mulia di sisi Allah. Sesungguhnya manusia memikul tanggungjawab sebagai khalifah adalah ujian Allah mengukur sejauh mana ketaatan dan keimanan. Jika dijalankan tugas itu dengan baik, diberi ganjaran di akhirat dan begitu juga sebaliknya kerana tidak menunaikan tanggungjawab seperti mengkhianati amanah yang diberi.

Firman Allah bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana hendak menguji kamu pada apa yang sudah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am, ayat 165)

Sepanjang hidup kita sebagai umat Islam perlu berlumba-lumba mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat dengan usaha menepati ciri umat Nabi Muhammad yang diakui Allah sebagai umat terbaik.



aku dan muet..

huhuhu...baru ni aku exam muet... reading, writing and listening... nk cbut urat tngkuk rase.. wayar2 dlm otak aku pun smcm je... agak2nye dh ptus r.. hahahaha.. korang nk dgr tk ksah aku p amk muet ni??.. hah,klakar ade, teruja ade n nk nngis pun ade.... korang byangkan, 2 mlm aku tk tdo.. blik ke kg lak kul 2 pg.. smpai kg, msuk exam kul 7.30 dh nk ade kt sane.. smapi kt scol tknik tu, aku ngan teruja n yakinnye pun m'langkahlah ke exam room.. n kul 8 pg, paper reading 1st.. n then aku jwblah ngan pnuh tawaduknye.. jwb pnye jwb.. smpailah thap mate aku ni mcm something je... (aku tido wei... t'senguk2 smpai p'meriksa tgur..)... malunye... ckup r sni..mls dh nk cter.. papai.. benornye xsuspen mane pun my stry ni.. saje je.. hahahaha...

+xde dh...




Thursday, April 23, 2009

ntuk serikanda yang aku sayang..

aku bersyukur pada Rabbi kerana kita sudah lama tak berjumpa. Aku juga
bersyukur pada Rabbi kerana memberi kite satu lagi peluang ntuk membaiki
diri yang penuh dengan dosa & noda ini. Andainya kite berjumpa & bersua lagi
pasti membangkitkan nafsu & syaitan akan melonjak kegembiraan. Nauzubillah. Tapi ketahuilah
aku tetap menyintaimu.
Masih aku ingat first date kite. Aku terkesima dan kau ku lihat telah mengetarkan
naluriku sebagai wanita tatkala matamu memmandang kearahku tanpa berkelip. Dan aku masih
ingat tatkala first date itu jugalah, kita sembang-sembang & tanpa disedari kau dengan
tanpa segan silu memegang erat tanganku. Aku tersentak & terkejut dengan tindakanmu itu sebab selama aku hidup takde sorang pun lelaki yang berani memegang tanganku namun aku tetap sambut eratan tu namun kau tahu apa yang aku rase dihati??... Ketahuilah jauh disudut hati kecilku menjerit2 mengatakan 'oh,alangkah indahnya seandainya tanganku ini kau pegang tatkala aku mencium tanganmu untuk membatalkan air sembahyangmu'. Dan first date kite berlalu dengan seronok dan amat gembiraku rasakan. Kau menghantarku pulang ketika saat Maghrib sudah menjenguk ke Isya' dan aku melambai tangan tanda selamat tinggal dan ucapan terima kasih atas hari yang istimewa ini.
Malam itu mataku berkelip-kelip, amat sukar untuk aku tido. Entah kenapa hati aku rase semacam je. Aku cuba melelapkan mataku namun tak boleh. Tapi tiap kali aku melelapkan mataku, seakan-akan ade sesuatu yang menghempap badanku. Amat berat sekali dan nafasku seakan-akan tersekat. Bila aku buka mata, aku lihat sekeliling bilikku. Astagfirullah, petanda apakah ini???.. Bermacam-macam soalan yang bermain-main diruang minda aku. Dan benda ini seringkali menghantuiku. Tapi aku taknak memberitahumu kerana aku taknak kau risau. Dan ia terus berlalu. Dan hinggalah malam sebelum beberapa ari aniversary kite ntuk setahun, aku dilanda satu mimpi dimana tubuhmu ku lihat penuh dengan nanah-nanah yang amat busuk dan kulihat tanganmu serta matamu sedang dimamah sesuatu. Ingin aku mendekatimu tapi kakiku amat berat sekali. Kau memandang kearahku, wajahmu penuh dengan tangisan dan simpati.

"Ummi, tolonglah abah dari belenggu yang amat meyeksakan ini. Tolong.."... Aku tak terdaya
nak menolong, aku menangis. "Kenapa ni,abah??.. Apa yang telah berlaku??.." tanya aku sambil airmataku laju meluncur. "Tolong abah,ummi".. Tersentak dengan itu, aku terkejut dari lamunan lalu tanpa disangka-sangka, mulutku laju meluncur ucapan "Astaghfirulllah... Kenapa aku tak terdaya menolong insan yang aku sayang ni."..

+ bacalah lagi...

Keesokkan harinya, aku keluar bersama-sama kawanku. Niatku adalah ntuk mencari sesuatu ntuk kuhadiahkan padamu di hari aniversary kite. Kau nak tahu ape yang telah aku belikan untukmu??.. Aku telah berniat untuk membeli barang ni sudah lama namun aku cume tunggu mase. Aku tak tahu sama ade kau terima atau sebaliknya. Apa yang aku fikir, aku bertawakal pada-NYA. Dan malam itu, lepas solat Isya', kau menelefonku ntuk berjumpa. Suaramu ku dengar amat ceria sekali. Aku tersenyum sorang2 lalu cepat-cepat aku menyiapkan diri. Dan aku tak lupa hadiah yang telah berniat ntuk menghadiahkannya padamu. Setelah sampai ditempat yang dijanjikan, kau ku lihat ingin menerpaku tetapi aku cepat-cepat aku menghindarnya. Wajahmu ku lihat sedikit pudar. Kite duduk di atas kerusi yang telah disediakan, kau duduk mendekatiku, amat rapat namun aku sedikit berganjak hinggalah terkeluar pertanyaan dari mulutmu "Kenape ni??.. Tiap kali kite kuar dan duduk same-same, ummi selalu menjauhi dari abah?.. Kenape??..Abah ade wat salah ke??.."
Namun aku diam sambil tersenyum.
"ummi, bolehkah abah pegang dan kucup tangan ummi sbg tanda setianya abah pade ummi"..

aku diam lagi sambil mataku tertancap pada sebatang pokok. Aku dengar suaranya mengeluh.

"ummi, abah nak tunjukkan sesuatu. Dulu abah pernah membuat satu pembedahan dan abah nak tunjukkan pada ummi parut abah tu. Parut tu dekat belakang abah. Ummi nak lihat??..

Lalu aku berpaling dan tersenyum. Aku menggeleng dan wajahmu ku lihat sedikit ade kesan
kecewa ngan tindakanku itu. Kau bertanya "Kenapa ngan ummi ni??.. tak boleh ke tunaikan permintaan abah di hari bahagia kite ni??.. Abah bukan mintak yang lebih2 pun...!".. suara kau sedikit bergetar menahan marah. Aku senyap tapi tetap tersenyum. Lalu aku amik hadiah yang telah aku bungkuskan ngan kemas & elok sekali. Kau tersenyum. Kau tanya apa yang ade kat dalam namun aku hanya memberitahu "bile sampai umah nanti, bukaklah." Lalu aku meminta izin untuk pulang.
Kau memanggilku namun aku hanya menoleh sambil tersenyum.

Abah, ketahuilah soalan2 mu sebenarnya sudah ade jawapannya namun aku taknak kau dilanda kesedihan.
Abah, ketahuilah aku amat takut seandainya kite tak dapat duduk bersama-sama di syurga nanti.
mahukah kau begitu,sayang??..
Abah, bukan aku tak izinkan kau pegang & kucup tanganku tapi aku ingin tangan tu kita sama2
bergandingan di yaumul mahsyar.
Abah, aku taknak melihat parut-parutmu kerana ku takut kite akan diazabkan disana. Mahukah kau melihat kita diazabkan???... Mahukah kau melihat Allah murka pada kite???..

Hadiah yang aku berikan itu, masihkah kau simpan sayang??.. Aku harap senaskah Al-Quran, seutas tasbih, sejadah, kopiah, buku dan kain pelikat akan membuatkan kau lebih merindui-NYA dariku. Dan mimpi-mimpiku yang aku alami dulu telah aku sematkan dalam diriku. Aku takkan sesekali memberitahumu. Dan selepas kejadian tu dan hinggalah saat ni kite tak berjumpa lagi namun percayalah cinta ummi terhadap abah tetap bersemi serta subur bersama wangian keredhaan Allah. Andainya kita memng ditaqdirkan, pasti kita akan ditemukan jua namun seandainya tiade, aku redha dan anggap itulah perjalanan hidup kite yang hanya sementara ini. Namun jauh disudut hati kecilku, aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.

Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat… Namun seandainya Engkau memisahkan
kami, aku redha kerana Engkau Maha Mengetahui segala2nya...
myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!