Sidang Meteor

Saturday, June 11, 2011

Lagenda Cinta Adda Part 3

Sudah seminggu raya berlalu.Kini,aku kembali ke kampus untuk menamatkan saki baki pembelajaranku.After that,aku kena menjalani Industrial Placement.Suasana kampus kembali bercahaya.Pelajar-pelajar mula berteraburan disana sini,mencari ilmu tanpa kenal penat lelah.

“Assalamualaikum.”Satu ayat dari nombor yg kukenali membanjiri inboxku.Dahiku berkerut.

“Wa’alaikumussalam.”Balasku.

Apa khabar?Lama kita tak jumpakan?Rindu rasanya Aiz kat Adda.”

“Alhamdulillah,sihat2 je.Aiz pula camna,sihat?Dah kalau rindu kenapa raya baru ni tak mai umah?”

Sihat-sihat je.Seganlah nak pergi.Pula tak berapa kenal rumah Adda kat mana.”Belum sempat aku nak balas.kring…kring..lama baruku angkat.

“Petang ni Adda bz tak?”tanyanya.

“Sibuk sebab petang ni nak p Lab.Ada apa ya.”Tanyaku.

“Aiz nak jumpa jap.Nak bagi sesuatu.Aiz harap Adda tak menghampakan Aiz.Sekejap je.”Suaranya seakan merayu,mengharap aku bersetuju.Aku diam,mencari kata-kata.

“Camnilah,Adda tak janji.InsyaAllah,kalau sempat kita jumpa.Apa-apa hal Adda beritahu semula,k.”Tuturku perlahan-lahan.

“Okey,Aiz tunggu.Okey,jaga diri.Assalamualaikum.”Perbualan dimatikan.Aku menggeleng.Ada juga manusia macam ni,getusku.

Sampai aku di Lab,mataku ligat mencari-cari Lan.Tiada.

“Adda,dah siap ke program tu?”Tanya satu suara.Aku menoleh.Beg dibuka,mengambil sesuatu lantas menghampirinya.

Dah siap tapi encik tengok semula.”pendrive bertukar tangan.Punat computer dibuka.Pelajar2 lain sibuk dengan hal masing-masing.

“Lan mana?”soalan yang membuatkan lidahku malas nak menjawab.

“Macam encik tak kenal c Lan tu.Ajak jarang-jarang bolehlah.”jawabku acuh tak acuh.Juruteknik itu hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Jangan awak fail sudahlah.”

“Jangan,en.Saya taknak.Ini last sem saya.Adoii…taknak saya extend.”suaraku sedikit ada getar.

“Kalaulah Lan perangai camni,nak present nanti camna?Buat dia tak boleh jawap apa-apa,awak juga yang kena tempiasnya.”Kata-katanya berbaur ancaman.Aku mula dilanda kebimbangan.

Troot…troot…

“Assalamualaikum..Camna?Jadi tk?keypad telefon ditekan.

“Wa’alaikumussalam.InsyaAllah,jd.Maaf,nak jumpa kat mana erk.”sending.

Troot…troot…

“Tunggu saya kat café,k.”

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Aku mula mengemas barang-barang.Langkah demi langkah ku aturkan,menuju ke café sambil menaip sesuatu ditelefon.

“aiii,Kak Adda.”Tegur satu suara.Aku menoleh.Hatiku mula megelabah.Kantoilah aku kali ni,budak kelas c Aiz ni.Ayaks…aku buat selamba sambil menghampirinya.

“Kak Adda tunggu Kak Wan ke?”Tanyanya.Aku hanya mampu tersenyum.Tiba-tiba….

“Adda..”Panggil satu suara.Serentak kami menoleh.

“ooooo….jumpa Aiz erk..Takpe,faham2…hehehehe..”mukaku sedikit merah,menahan malu.

“wei,Aiz…pandai kamu erk…”Aiz menghampiri kami sambil jari telunjuknya diletakkan diatas bibir.Kami lantas meninggalkan budak itu dan mencari satu tempat untuk duduk.

“Adda…Aiz nak bagi something ni.”Aiz menghulurkan satu beg kertas kepadaku.Pada mulanya aku teragak-agak untuk mengambilnya.

“Apa ni??”Tanyaku.Kerutan didahiku semakin ketara.

“Tengoklah.”Arahnya.Seusai melihat isi didalamnya,mukaku sedikit berubah.Sepanjang aku hidup atas muka bumi Allah ni,aku tak pernah dapat hadiah begini.Ahakz….

“Cantik tk?..satu tu Aiz dan satu lagi tu Adda,k.Buat peluk malam2 erk..”beritahunya dengan riang.Aku menepuk dahi.

“YaAllah,Aiz.Adda tak minta benda ni.Adda tak boleh terima.Ambil semula.”Aku menghulurkan kembali beg kertas itu.

“Terimalah.Kalau taknak sekalipun buanglah belakang Aiz.”Tutur katanya sedikit sayu.Aku kaku.YaAllah,apa yg telah aku buat ni.beg kertas itu aku pegang kembali.

“Aiz,jangan camna.Maafkan Adda,k.Adda ambil.Please,senyum.”Aku cuba memujuk.Adoii,macam budak2lah pula.omelku.Lama dia diam dan perlahan-lahan bibirnya terukir senyuman.

“Wah2,untungnya Kak Adda…heheehhee…”Kami serentak menoleh.Malunya aku.

Wei,jangan beritahu org lain,k.”Aiz seakan merayu.Budak itu senyum lantas membuat isyarat zip mulut.

“Aiz,dah lewat ni.Adda naik dululah erk.Aiz balik terus mandi,k.”Aku mula bangkit.Kami melangkah keluar.

“Okey,kita jumpa lagi ya.Assalamualaikum.”ucap Aiz.

“Wa’alaikumussalam.”Balasku.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hari berganti hari,masa berganti masa. Present untuk projek Microprocessor semakin hampir. Semester depan aku mula menjalani Training Practical. Satu hal plak,tempat tak cari lagi. Kepala semakin pening. Ikutkan nak cari area Johor,dekat dengan abang aku.

“Wan,dah dapat ke tempat praktikal?”tanyaku sambil menghirup air the. Wan yang ku lihat ralit makan,terhenti.

“Belum lagi. Adda??.tanyanya pula. Aku hanya menggelengkan kepala.

“Wan ingat nak cari area Kemaman je. Boleh duduk dengan akak.”beritahunya.

“”Adda nak p area JB, nak try sana. Abang gtau berlambak kilang sana.

“Try p jumpa En Za. Tanya dia takde tempat kosong dh ke kt lain.”cadang Wan.

“Malas r Adda. Dah banyak kali dh p,camtu gak. Takpelah,kalu ada area sana,ada r tu. Malas r nk pikir2, projek Microprocessor tak siap-siap lagi. Pening dibuatnya.”aduku sambil tanganku meramas-ramas kepala.

“Si Lan langsung tak tolong ke?.”Wan menyoalku. Aku hanya tersenyum.

Kring..kriiing…

“Wa’alaikumussalam.”sahutku tatkala salam diberi oleh satu suara. Aku bangkit lantas keluar dr bilik,jauh dari Wan.

“Tengah buat apa tu?.”tanyanya.

“Tak buat apa-apa. Sembang-sembang ngan Kak Wan. Ada mana ni?”balasku.

“Baru balik dari bengkel. Adda,jom jumpa. Nak?”ajaknya.

“Maaflah,Aiz. Adda ada keje. Lain kali erk.”

“Lama dah tak jumpa, Aiz rindu Adda.”dia mula membuat suara kasihan…ayaks,ni yang aku lemah ni.

“Aiz,plz..understand my situation. Bila sume ni dh siap,I promise,kita jumpa.”beritahuku. aku harap dia faham dengan keadaanku sekarang. Sunyi seketika.

“Yelah..”balasnya lemah.

“alrite,Aiz. Adda nak mandi. C u again..Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”percakapan dimatikan. Aku mula melangkah menuju ke bilik.

“Sape tu?”Wan menghampiriku.

“Member..”jawabku tanpa memandang wajahnya.

Ye tak?.. member ke..hermmm…hermm..”Wan tersenyum.

“Ish,Wan ni..kesitu pulak..”aku menggeleng kepala.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Aku dan Wan cepat-cepat melangkah ke dalam kelas Matematik. Sekejap lagi test akan bermula. Adoii…sedikit aku tak bersedia..nak fakir ke projek lagi..lingkuplah aku kali ni kalu dua-dua fail..matilah…

“malam ni kita jumpa jap erk kat café.”satu pesanan dr inbox kutatap. Aku mengeluh.

“Wan,Adda nak p lab jap. Wan ada kelas lepas ni kan?”tanyaku.

“Yup,ada kelas. Kita jumpa dibilik ya.”balas Wan.

Kami berpisah. Melangkah ke destinasi masing-masing. Tanganku ligat memainkan keyboard. Suasana yang sedikit bising didalam lab aku tak hiraukan. Aku kena selesaikan program pada hari ni juga..kalu tak,matilah aku time nk present nanti. Keyboard mula memainkan peranannya.

“Wei,Adda. Camna?...dah siap?”tiba-tiba satu suara yang amat aku kenali menyapa cuping telingaku. Aku berhenti menaip lantas menoleh. Mencebik.

“Belum..”jawabku lemah lalu menyambung kembali tugasan itu.

“Present dh nak dekat, aku takut r. Agak-agak sempat tak ni?”aku yang mendengarnya seakan-akan nak je baling kerusi yang aku duduk ni dekat kepala dia. Nasib baiklah aku sentiasa cool…

“Wei,aku tnya ni. Dengar tak?”dia menggocangkan kerusiku. Aku tetap menatap computer.

“Barang kita mana?..aku nak tengok.”aku masih diam. Lan bangun, mencari-cari sesuatu.

“tak payah,aku tak bawa. Ada dalam bilik.”beritahuku.

“Dah siap ke?”tanyanya. aku diam,malas nak layan orang macam ni. Handsetku dicapai lalu mencari2 satu nama.

“Assalamualaikum..hello..Wan ada mana?”

“Alrite,tengah hari kita jumpa kat café..cepat sikit.”balasku lalu punat merah ditekan. Lan yang berada ditepiku terkulat-kulat memandangku. Aku segera mengemaskan barang2 kedalam begku. Aku mula bergerak.

“Program dah siap ke?”Tanya Lan. Aku berhenti melangkah.

“Lan,lain kali lepas present muncullah ya.”sindirku lalu meninggalkn lab ngan hati yang sedikit berasap. Apalah nasib aku dapat partner cmni,omelku.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Aku melihat jam ditangan, Isya’ semakin tiba. Ada satu janji malam ni yang perlu aku tunaikan. Usai semua, aku bersiap-siap.

“Adda nak p mana?”tegur Wan. Aku memandangnya sambil tersenyum.

“Nak p café jap. Jumpa kawan.”balasku.

“Yelah tu. Macam Wan tak tahu. Adda,dah hebohlah. Kenapa Adda langsung tak gtau Wan. Kita bukan kawan ke?”suara Wan sedikit berubah. Sayu. Aku tersentak. Aku menghampirinya.

“Wan, Adda mintak maaf banyak-banyak. Ada sebab kenapa Adda sembunyikan sume ni. Wan taukan Adda camna. Perangai, tingkahlaku Adda tak macam perempuan lain. Adda selekeh,Wan. Pakai pun macam orang kampong. Pula berkapel dengan mamat yang sedikit kontra dari Adda. Memang Adda ada dengar sume tu tapi Adda cuba pekakkan telinga,Wan.”terangku sambil wajahku memandang lantai.

“Adda,Wan tau sangat tentang Adda tapi tak boleh ke beritahu. Salah ke kalu b’kongsi dengan Wan. Kitakan dah lama kenal. Susah senang kita sama-sama lalui.”

“Wan sebenarnya tak setuju Adda dengan Aiz sebab Aiz jauh berbeza dengan Adda. Aiz tu dh r nakal, gila-gila pulak tu.”Wan mula meluahkan isihatinya. Aku diam.

“Sejak bila,Adda??”Tanya Wan. Aku masih diam lalu bangun.

“sejak…sejak bulan puasa itu hari…”jawabku tersangkut-sangkut.

“Wan,Adda sebetulnya taknak benda ni terjadi tapi si Aiz tak pernah give up sampaikan satu tahap dia menggunakan abang Adda ntuk dapatkan Adda. Fikiran Adda masa tu buntu, banyak benda nak fikir, projek lagi, test lagi, industrial placement lagi. Pening..”aku mula menerangkan satu persatu.

“Dah mintak dari-Nya?”Wan mula menanya setelah lama mendiamkan diri. Aku memandangnya sambil mengangguk.

“Lepas kejadian tu, nak hampir raya Adda buat solat untuk memohon petunjuk dari-Nya. Tiga malam berturut-turut Adda lakukan. Adda cuba bersihkan diri, hati..kosongkan jiwa.betul2 ingin petunjuk yang sebenar-benarnya petunjuk. Akhirnya…”bicaraku terhenti. Wan memandangku dengan penuh tanda Tanya.

“Akhirnya??”Tanya Wan.

“Alhmdulillah..Adda dapat jawapannya. So, Adda teruskan jua perhubungan ini dengan batas-batasnya. Adda cuba sedaya upaya untuk hubungan ini. Menerima Aiz seadanya walaupun kami berbeza.”ceritaku.

“Adda, camnilah. Wan tak berhak nak marah tapi Wan hanya mampu nasihat je. Adda dah pun terima, jadi Adda kena sabar & tabah dengan apa yang terjadi. Memang Adda dan Aiz betul2 berbeza tapi Wan taknak kerana lelaki Adda berubah,k. Wan nak Adda yang dulu. Okey??”Wan memelukku.

“Terima kasih,Wan. InsyaAllah,Adda akan buat sebaik yang mungkin.”janjiku. Jam di kerling. Dah lewat.

“Wan,Adda turun dulu ya. Aiz dh tunggu.”pelukan dilerai. Aku mula melangkah laju.

Mataku melilau kesana-sini, mencari seseorang. Tertancap pada satu susuk tubuh yang membelakangi aku. Langkahan dipercepatkan.

“Assalamualaikum..maaf-maaf,lewat. Dah lama tunggu?”tnyaku lalu duduk ditepinya. Wajahnya sedikit ada rona-rona kemarahan. Dia melihat jam. Aku tersenyum.

“Ala,lewat 10 minit je,buka sejam pun.”aku berkata.

“dah order ke?”tanyaku tanpa mempedulikan kemarahannya.

“lain kali kalu nak turun lewat gtaulah. Takde r orang tertunggu2 macam org bodo kat sini.”dia mula bersuara. Aku memandangnya. Dahiku dikerut. Apa pula ngan mamat ni, pasal lewat pun nak naik angin. Menopaus ke mamat ni,omelku sendirian. Aku menggelengkan kepala lantas memandang wajahnya sepintas lalu. Satu kelemahanku, apabila memandang wajahnya matanya takkan aku pandang. Sejak dari mula-mula lagi mengenalinya. Entahlah kenapa…

“Uiks,marah ke??..kalu camtu Adda naik dululah. Bila dah lentur api tu, kita jumpalah.”bicaraku serius. Dia memandangku lemah. Aku tak terdaya membalas balik pandangan tu.

“boleh pandang wajah Aiz?”mohonnya. Aku tunduk. Adoii…

“Aiz…”jerit satu suara. Kami serentak memandangnya. Adooi, Arman ni. Madi pun ada. Wajahku terasa panas semacam je. Mereka menghampiri kami.

“ooo…kelas tak p, date rupanya ya.”Arman mula bersuara. Aku mula memandang wajah Arman. Tak paham maksudnya.

“Madi,kelas apa erk?”tanyaku kepada Madi.

“Laa,Aiz tak gtau Kak Adda ke?” aku mula memandang Aiz. Mukanya sedikit cuak.

“kami ni baru balik dari kelas AutoCad,ganti ngan yang itu hari.”terang Madi. Aku diam. Terdengar suara kawan-kawan Aiz memperlinya. Aku diam lagi. Wajahnya sedikit menahan kemarahan. Dia lantas bangun lalu melangkah keluar.

“Maaf,”ucapku lalu mengejar Aiz..

“Aiz…berhenti..”arahku. Aiz berhenti lalu memandangku.

“kalu ada kelas malam ni,buat apa nk jumpa?”tanyaku, menahan kemarahan yang mula menjalar didalam sanubariku. Dia diam.

“Aiz…Adda Tanya ni.”aku bersuara lagi.

Memang ada kelas tadi tapi bila Aiz Tanya sorng lagi member dia gtau kelas dibatalkn. Kelas akan diganti malam besok. Tu yang Aiz tak p.’terangnya. Aku diam. Aku taknak panjangkan isu ini. Takut jadi lain.

“Alrite,p lah naik bilik. Kita jumpa semula. Adda naik dlu.”lantas aku meninggalkannya yang terpinga-pinga. Panggilannya aku tak pedulikan. Aku bukan sakit hati tapi Cuma terkilan dengan perangainya, tanyalah member yang lain. Yang dia p Tanya kawan yang memang kaki ponteng tu apasal…ish…

Sampai dibilik, Wan tiada. Maybe kat bilik Nurul,omelku. Aku terus menukar pakaian. Tiba-tiba deringan handset mula menari-nari. Aku tak mempedulikannya. Terus menyiapkan pemakaianku. Beberapa minit kemudian satu deringan mesej kedengaran. Handset dicapai..

“plz..jgn cmni..Aiz minta maaf..”mataku hanya memandang tanpa kelip. Aku berkira-kira untuk reply or not. Handset diletak semula ditempat asal. Jarum jam menginjak ke angka 12 tengah malam.

Kring…kriing..

Wan yang sedang asyik study sedikit terganggu. Aku bangkit lantas menekan punat hijau lantas keluar dari bilik.

“ada apa?”tanyaku. acuh tk acuh.

“Marah lagi ke?”aku diam..

“Plz,Adda..jangan buat Aiz camni. Okey2, Aiz mengaku Aiz yang silap dan Aiz janji takkan Tanya dia lagi. Plz,Adda…”rayuannya membuatkan aku diam. Nafasku ditarik. Dalam-dalam.

“Aiz, Adda tak marah pun Cuma Adda sedikit terkilan. Dahlah, yang lepas biorkan. Lepas ni Aiz berhati-hatilah,k.”aku mula bersuara.

“Adda dah tak marah?”tanyanya.

“tak..dahlah,lewat dah ni. Besok ada bengkelkan?. Tidolah.”arahku.

“taknak..nak cakap ngan Adda. Aiz rindu Adda..”ish,mamat ni..dah start dh..

Bintang-bintang makin bersinar ditambah dengan cahaya yang indah dari sang bulan. Malam tu penuh dengan kebahagiaan. Semua kekusutan kian hilang bersama-sama kepekatan malam.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Present makin hampir. Aku dan Lan mula bersiap-siap prepare apa-apa yang patut. Sekejap lagi turn my group. Peluh mula membasahi dahi. Lan tak henti-henti berjalan kesana kemari. Otak aku ligat memikir jawapan untuk segala-gala soalan yang akan aku tempuhi. YaAllah,aku mohon pada-Mu agar semua akan berjalan lancar.

Saat yang kurasakan begitu lama ntuk group aku. Jantung tanpa segan tak henti-henti untuk kembali normal. Lecturer Microprocessor aku lihat macam dinasour yang sedang menanti saat untuk m’baham mangsanya. Jawapanku lancar Cuma sedikit gugup sebab permulaan program tak jadi. Lan senyap. Terkatup tanpa kata apa-apa. Hati aku mula sakit dan panas dengan perangainya. Turnnya, langsung tak logik. Matilah kau,Adda….

Selepas present, terus aku melencong ke library. Mencari satu sudut untuk mententeramkan jiwa dan otak. Berehat sejenak tanpa memperdulikan kelibat manusia-manusia disitu.

“Lan, nape kau buat aku cmni?..”aku berkata sendirian. Sunyi. Mataku tertancap pada satu sudut. Merenung jauh. Mengingati segala-galanya. Aku tahu, aku akan fail angkara seseorng. YaAllah,ampunilah segala kekhilafanku. Moga ada hikmah atas segala-galanya.

“Wan,ada mna?”aku menaip mesej. Suasana library sedikit lengang. Tengah hari menjengah menyebabkan library kembali sepi. Mesej berbunyi.

“Ada bilik. Dah siap ke present?”

“Dah..dh beli ke makanan?”aku menjawab soalannya. Aku bingkas bangun.

Pintu bilik kubuka dengan perlahan. Kelihatan Nurul dan Kak Ila sedang melepak diatas katil. Aku tersenyum tawar. Aku meletakkan beg di atas meja. Aku menghampiri mereka. Ku lihat disatu sudut empat bungkus nasi.

Jom..”ajak Kak Ila. Mereka bangkit. Wan muncul dari bilik air.

“Adda..camna?”tanyanya tatkala melihatku masih di atas katil. Aku senyum. Menyembunyikan sesuatu. Aku taknak mereka tahu perihal present tadi. Aku taknak mereka salahkan Lan atas semua ni.

“Alhamdulillah..baik-baik aje..”jawapku selamba. Wan menepuk bahuku. Dia tersenyum.

“Betul ni?”tanyanya. aku mengangguk.

“Eh,mailah makan. Perut Nurul dah berbunyi ni.”jerit Nurul. Kami bangun lalu menghampiri mereka.

“Exam dah nak dekat dh. Lepas tu masing-masing akan abis. Wan dan Adda pula akan menjalani praktikal. Entah bila pulak kita dpt berkumpul camni erk?”Wan bersuara sayu. Kami memandangnya. Aku tak jadi menyuap makanan. Tawar ku rasakan.

“Ala,Wan ni. Jangan r sedih2..InsyaAllah,kita tetap akan berjumpa.”kata Nurul. Suasana kembali sepi.

“Oh ya, Adda dapat praktikal mna?”Kak Ila membuka topik lain.

“Johor..”jawapku sepatah. Wan memandangku.

“Dah ada jawapan ke?”aku mengangguk.

“Wan kat Kemamankan?”aku menyoalnya pula. Gilirannya pula mengangguk.

“Nurul dan Kak Ila lepas ni nak buat apa?”tanyaku.

“Kalau dapat keje terus,kami keje. Kalau tak,tengok keadaanlah.”jawap Kak Ila. Nurul mengiyakan.

Suasana kembali sepi. Itulah kami apabila berkumpul. Macam-macam hal yang kami sembangkan. Sampailah satu tahap…jeng..jeng…

“Adda…..”panggil Kak Ila. Aku yang sedang mengunyah terhenti.

“Tak sangka Kak Ila, Adda dengan Aiz..”aku yang mendengarnya sedikit tersedak. Nurul mengusap-usap belakangku sambil Wan menghulurkan secawan air. Aku mencapainya.

“Patutlah masa untuk kami semakin kurangkan?”Nurul pula menyambung. Air abis aku minum.

“Ish,mana ada. Kan ada ni.”aku cuba menggelak.

“Yelah tu..tapikan, camna Adda boleh terpikat dengan si Aiz tu?..dah r muda, nakal pulak tu.”Kak Ila bertanya sambil berkerut-kerut dahinya. Wan tersenyum.

“Kak, kalu dah pertemuan tu dh ada,xkira sape-sape. Kalau tu dah hak Aiz, Adda pun tak boleh tolak.”bicara Wan. Fuuhh,Alhamdulillah,back up Wan ntuk aku…ahakz…

“Bukan benda,Wan. Macam langit dan bumilah Adda dan Aiz ni.”Kak Ila seakan-akan tak puas hati. Aku hanya mampu tersenyum. Nasi yang masih berbaki tu, aku rasakan susah nak menghabiskannya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Aiz,exam dah hampir. Aiz dah prepare Math?”tanyaku pada suatu petang tatkala aku dan dia lepak di café. Dia tersenyum.

“Belum..Aiz xsukalah Math. Bosan.”bicaranya. aku menggelengkan kepala.

“Aiz tak boleh camtu. Sian ma n abah Aiz. Takkan nak hampakan mereka. Kalau tak faham Tanya kawan yang pakar. Roommate Aiz taknak ajar ke?”

“Bukan taknak ajar Cuma Aiz je takde mud lagi ntuk Math. Yelah2,Aiz studylah nanti.”aku hanya mampu menggelengkan kepala.

“Adda praktikal betul kat JB ke?”tanyanya. suaranya sedikit ada getaran. Aku berhenti menghirup air lantas mengangguk.

“Takde ke yang dekat2?”tanyanya.

“takde..”jawapku sepatah.

“hmm..sukalahkan?.”

“suka??..suka untuk apa?”tanyaku. Dia bermain-main straw.

“Yelah..berjauhan dari Aiz. Lepas tu dapat org lain, Aiz ditinggalkan..” aku menepuk dahi. Allah,c mamat ni..kesitu pulak dia fikir.

“Aiz,jangan mengarutlah. Adda p bukan nak main2..ni nak praktikallah.”jawapku sambil menggelengkan kepala.

“Janji dengan Aiz…setia dengan Aiz..”dia menghulurkan jari kelingkingnya kearahku. Sedikit gugup sebab sepanjang berkenalan dengannya, tak pernah kami berpegangan tangan. Aku cuba mengelak.

“Adda…plz…”tangannya tetap dihulurkan. Lambat-lambat aku tanganku menghampiri tangannya. Jari kami bersatu. Jari berjanji satu janji. Bibirnya terukir satu senyuman. Itulah dia satu senyuman yang mebuatkan aku suka. Lama jari kami bercantum sebelum ia dileraikan olehku.

“Adda,boleh Aiz tanya sesuatu?”

“What?”

“Kenapa Adda terima Aiz setelah sekian lama Aiz mencuba?”tanyanya. seketika soalan itu membuatkan aku sedikit terpana. Aku diam sambil mataku memerhati sekeliling.

“Adda….Aiz tanya ni…”dia memetik jarinya didepan wajahku. Aku terkejut sambil tersenyum…Aiz,maafkanlah Adda. Biarkanlah ia menjd rahsia di sanubari Adda kenapa Adda sukakan Aiz. Walaupun pada mulanya Adda tak suka dengan kehadiran Aiz. Allah Maha Mengetahui,Aiz..biarlah rahsia itu tersemat kemas di sanubari Adda.

“Eh,kita dah lewat ni. Aiz ada bengkel gantikan mlm ni?”aku cuba ubah topik.

“Tengok…tiap kali Aiz tanya selalu je Adda ubah topik.”wajahnya berubah. Aku tersenyum. Kami berdua bingkas bangun lalu melangkah menuju ke destinasi masing-masing.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Dua minggu lagi exam menghampiri. Semua pelajar tekun mengulangkaji pelajaran. Masing-masing sibuk mengelek buku kesana kemari. Aku tak kecuali. Present Microprocessor dah pun selesai, tunggu exam je lagi. Aku mula mencongak hari dan waktu. Masa yang berputar seakan cepat berlalu. Aku pasti kerinduan pada suasana belajar pasti menggamit sanubari disuatu hari nanti.

Pelbagai perkara sudah berlaku semenjak aku menjadi penghuni kampus ini. Suka duka..pahit maung telah pun aku tempuhi ngan tabah n sabar. Pelbagai karenah pelajar-pelajar disini yang dapat aku saksikan. Pertama kali aku jejak kaki disini, telah aku sematkan disanubari yang aku takkan bercintan-cintun disini. Banyak benda yang terjadi dalam hidupku, sesuatu yang telah memakan diri sendiri. Apa yang pernah aku sematkan,berprinsip nan satu akhirnya terjadi dlm hidupku. Terjerat dengan kata-kata. Allah Maha Mengetahui, janganlah kita sebagai hamba bercakap besar.

Aiz….seorang makhluk Allah dari kaum Adam berjaya menakluki hati seorang kaum Hawa yang dari pandangan org amatlh selekeh dan hitam legam. Seorang gadis kampong yang tak reti memakai seperti gadis-gadis lain. Saban hari, tak kira p mna-mana,hanya berseluar track n t-shirt berlengan panjang. Seorang gadis yang tak mengikuti p’kembangan fesyen. Aku rasa c Aiz ni buta gamaknya. Camnalah ye minat gadis macam aku ni…ish,dia ni btl2 butalah…getusku tatkala mengenangkan semuanya ni.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumussalam..”

“Camna exam?? Everything alrite??”

“Alhamdulillah,bolehlah. Aiz plak cmna?”

“Okey..hmm..Adda…”

“Takpelah..InsyAllah,result nnti bagus..yee,saya.”

“Adda nak p JB bila erk?”

“Kalu takde aral InsyaAllah,minggu depan..kenapa ya?”

“Tiket dah amik? Malam ke siang?”

“Dah amik dah..malam..eh,nape tanya ni?”

“Aiz anto ke stesen bus erk?..”

“Eh,xpayahlah..abang Adda ada.taknaklah..”

“tengok..please..ntuk sekali ni je.bukan selalu.”

“Tengoklah dulu cmna..ni, Aiz balik kampong bila ni?”

“Lusa…Adda??”

“Besok..”

“Hah???...cepatnya…”

“Beselah…takde apa2 dah kat sini, nak baliklah..”

“Takde apa-apa?..dah Aiz ni??..”aku diam tanpa kata-kata……

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

“Adda…”aku menoleh. Kelibat manusia yang ramai membingitkan suasana. Menunggu bas amatlah seksa. Aku mengerling jam,beberapa minit lagi untuk aku berangkat meninggalkan Terengganu. Aiz menghampiriku.

“Aiz p mana td?”tanyaku sebaik dia duduk ditepiku.

“Aiz p toilet td. Adda…”panggilnya. Dia menghulurkan sesuatu. Dahiku berkerut. Dia tersenyum.

“Apa ni?”tanyaku sambil membelek-belek barang itu.

“Untuk Adda. Jaga elok-elok erk. Dua angsa yang bertakup…satu Aiz n satu lagi Adda…sehati n sejiwa..”beritahunya. aku sedikit terpana.. ish,mamat ni… selalu buat kejutan..

“Aiz, Adda tak perlukan sume ni. Apa yang Adda perlu adalah kesetiaan, kejujuran serta keikhlasan dr Aiz je..”aku membalas. Dia memandangku. Seperti biasa, wajahku ditunduk.

“Adda..apa yang Aiz lakukan sume ni adalah Aiz benar-benar ikhlas ngan Adda. Pertama kali lihat Adda, hati Aiz bergelodak ingin mengenali lebih dekat. Pernah juga Aiz berkira-kira andai Aiz ditolak, Aiz akan berhenti belajar. Sekarang, Aiz benar2 gembira kerana Adda ada disisi Aiz. Besok-besok Aiz nak ajak Adda mai umah, jumpa ma n abah.”panjang dia memberitahu..Allah,tang family2 ni yang aku tak suka ni…adoii…

“Eh,jap2…jgn mengarutlah..dh2, bus dh dtg tu..”aku mula bangkit, taknak perkara ni dibangkitkan..huhuhu..

“Adda,plz..jgn tinggalkn Aiz erk.”dia memegang erat tanganku. Aku sedikit gugup.

“Aiz, sekali Adda dh dimiliki, selama-lamanya itulah Adda akan pegang sepanjang hayat. Aiz,jgnlah bmbang..selalulh berdoa,k..”ntah kenapa ayat itu yang keluar dr mulutku..ayaks… wajahnya kembali ceria.

Aku mecari-cari seat. Terus aku duduk sambil mata memandang ke luar. Dia tersenyum dengan penuh pengharapan. Aku membalas dengan seribu cerita. Hanya Allah Maha Tahu apa yang bermain disanubariku ni. Kenapa perlu Aiz ntuk aku??.. Aku dan dia berbeza..perbezaan yang amat ketara. Maafkan aku, Aiz..Aku akan cuba ntuk menyayangimu sepertimana kau menyayangiku,getusku dihati.

Bas mula bergerak meninggalkan terminal. Aiz berlari-lari melambaiku sehingga susuk tubuhnya hilang dicelah-celah bangunan. Troot…troot..

“Adda, Aiz betul2 sayangkan Adda. Plz,jaga hubungan ni..”ayat yang memberi sejuta makna… YaAllah,pandulah aku ke landasan yang betul. Hanya pada-Mu YaAllah…


nota keyboardku:pada meke2 yang ketinggalan 2 siri klik sini dan sini...



post signature



0 MeTeoR:

 
METEOR GARDEN,u da best!!