Sidang Meteor

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 4 Ex-Guru2ku...SMKBG..

16/05… korang tau tak ni tarikh ape??.. bile aku tengok & lihat this tarikh, kenangan aku kembali menjergah… sudah hampir 7 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Alam yang penuh ngan keseronokkan dan keriangan. Suka, duka, gembira, gelak tawa bersama kawan-kawan sentiase tersemat kuat diminda & ingatan aku. Alam inilah yang banyak mengajar aku dan kawan2 aku erti kehidupan yang sebenar2nya selepas kami meninggalkan bangku sekolah. Masih aku ingat, aku dulu seorang yang amat pendiam & rendah diri. Tahun 2001-2002 adalah tahun yang amat bermakna bagi aku. Kerana tahun inilah aku dapat kenal siapa aku sebenarnye. Kerana tahun ini jualah aku kenal ERTI pengorbanan seorang insane yang bernama GURU. Kami sekelas pernah membuat seorang GURU terasa & kecik hati. Kerana kami jugaklah airmata telah mengalir laju di tubir mata seorang GURU. Bukan kami pinta apatah lagi ingin membuat CIKGU kami sedemikian rupa tetapi dek ikutkan darah muda kami itulah membuatkan kami sejuta penyesalan. Tapi itulah, CIKGU tetap CIKGU yang tak pernah kenal erti putus asa untuk terus mengajar kami. Aku masih ingat lagi waktu kiteorng nk amik SPM, tahun 2002, sape yang tak kenal class 5 Anggerik, class yang sentiase memberi problem. Class yang sentiase riuh rendah tapi kami tetap kami. Walaupun kami nakal tapi kami tak pernah sesekali pun melanggar peraturan sekolah… (hehehehe..dlm jahat kami tu ade juga kebaikan kami tu..)..
Keyboard aku terus ketup ketap… Cikgu Hamid, Cikgu Adilah, Cikgu Maznah, Cikgu Rashid, Ustazah Asmah, Ustazah Zaharah, Cikgu Ali, Cikgu Zaleha, Cikgu Zulkarnain (sekadar menyebut beberapa nama)… merekalah yang banyak mengajar kami hingga berjaya hingga kini. Ilmu yang mereka curahkan tak dapat aku balas ngan wang ringgit. Ilmu yang mereka berikan amat banyak & tak terkira. Walaupun mereka sentiase dikecewakan oleh kerenah anak-anak murid namun mereka tak pernah give up untuk terus mencurahkan ilmu. Cikgu Zulkarnain, guru Perdaganganku dan yang terkenal ngan ketegasannya (di tangan kirinya sentiase ngan rotan kesayangannya).. disaat pembarisan, ku lihat ramai kawan2ku kena ‘makan free’ dek rotannya. Kerana kenakalan kami jugak, kami pernah dijemur ditengah2 panas. Tapi kami tetap kami, tetap nakal.. (terukkan)… Cikgu Adilah, guru BI kami. Korang nak tahu tak dalam diam2 kami selalu umpat dia ni. Yelah, umur dah tua tapi tak kawen2. (memilih sangat ke??).. sampaikan ade kawan2 lelaki aku ni nak amik port ntuk jadi calon… hahahhaha.. (darah muda,beb)…. Cikgu Maznah, guru class kami. Time class die, mesti mate yang segar jadi layu (faham2 je r).. sampai ade member aku yang tido hingga kuor air liuq basi… hahahaha… gelak berbaring kami mase tu (ye ke??).. hah, paling parah yang mengajar subjek Sejarah kami adalah Penolong HEM kami, Cikgu Rashid.. kalu die ni masuk, k’OTAIAN kami serta merta hilang… pijak semut pun tak mampus.. baguih tul r kiteorang… memang nakal r cikgu ni. Pandai wat lawak sampaikan member aku yang selalu tido makin bulat mate die… hahahhaa.. part subjek Sejarah ni r yang aku like.. tp Math aku low skit.. (tp result SPM aku Sejarah kantoi tp Math pergh…hehehehhe).. Alhamdulillah.. Cikgu Zaleha lak banyak mengajar kami tentang care2 bagaimana ntuk menyempurnakan kewangan & akaun kami…




post signature

+/- Bacelah Laie

Bermacam-macam perangai, kerenah & sikap kami dahulu. Ape orang nak kate & cakap, kami tak peduli. Hinggalah pada satu saat & ketika satu kejadian yang buat kami terfikir & insaf. Kawan2, 7 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Hingga sampai satu tahap aku & kawan2 aku baru betul2 kenal dunia & jasa2 GURU terhadap kami. 16 Mei 2002 amat bermakna buat kami walaupun kami tak join mana2 pertunjukkan ntuk sambutan GURU namun bagi kami cukuplah dalam hati & sanubari kecik kami ni, menyambut ngan penuh erti tentang kehadiran hari yang istimewa ini. Kami sedar yang jase2 GURU amat bernilai & berharga. Mereka ibarat IBU kedua kami sejenak kami melangkah ke dalam taman yang dipanggil SEKOLAH. Mereka tak pernah rase sedih apatah lagi kecewa ngan perangai2 nakal kami. Cuma kami je yang tak amik peduli ngan pengorbanan mereka. Abis zaman scol,kami buat hal masing2. Aku ngan cara aku… ade yang dah kawen dan dapat anak. Ade yang terus terusan mencari ilmu.
Untuk batch 2001-2002 (5 Anggerik) – Abdul Rashid (Shed), Wan Zamzuri (Weng), Khairuddin (K-Din), Yuslimin (Limin), Asyraff (Seraf), Saifuddin (Pudin), Fairo, Shahrin, Badrul (Bad), Zul, Saiful (Repu), Suhaili (McSu), Ain, Norehan (Ann), Suria, Zuraida (Zue), Ida Manan, Dayah, Hermawati (Herma), Suriati, Suhaida, Aznita (Along), Hasnah, Rosliza, Nora, Rehan, Ha, Suha.. Aku doakan kalian bahgia & dapat capai segala impian yang kite impikan mase d bangku scol dulu… korang sentiase terpahat di mindaku.. kerana kenakalan kite, kite dapat mengenal erti Hidup dari GURU2 yang banyak mengajar kite tanpa jemur.. kerana GURU kite telah menjadi kite & manusia yang bnar2 manusia.
Cikgu Rashid, Cikgu Adilah, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Guan Erk, Cikgu Maznah, Cikgu Aminuddin, Cikgu Zaleha, Ustazah Zaleha, Cikgu Junaidah, dan pada mereka yang pernah mengajar kami clas 4-5 Anggerik yang aku tak sebut, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU.. TANPAMU, AKU TAKKAN JADI SEBEGINI RUPE.. THANKS,CIKGU’s… buat adik2 yang masih d bangku scol, hargailah segala pergorbanan insan yang bernama guru.

myfreecopyright.com registered & protected

 
METEOR GARDEN,u da best!!